Inspirasi

We are all bright – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

We Are All Bright!

We are all bright.
Bismillah.
The main point of this confession is nak ceritakan kita ni semua sama pandai. Yg membezakan cuma usaha masing2, malas atau rajin n of course soal rezeki xleh nk question sbb dah termaktub dlm luh mahfuz.

Aku dilahirkan dlm fmily yg sederhana. Dilahirkan bukan dari golongan yg genius. Normal mcm manusia lain. Kalau tak study, nombor corot, kalau study better sikit result. Dari sekolah rendah lagi, ranking tengah2. Bodoh sgt pun x, bijak sgt pun x. Dan sekarang aku dah grad as a doctorate (phD). Tapi kat sini nak cerita liku2 sblum dpt phD. Xde lah liku sgt pun, cuma ada juga part yg dikatakan rezeki dan kebergantungan dgn qada n qadar Allah tu kena kuat. Dari skolah rendah smpai skolah menengah aku tergolong dlm average punya student. Spm cuma dpt 5a dan masuk matrik. Masa aku kat sekolah dulu aku duk kelas first tapi slalu ranking last dlm kelas. Haha. Tp dlm batch ranking tengah2. Bukan top ten, not even top 30. Top 60 tu ye.

Dulu, aku fikir aku tergolongan manusia yg lembab, bodoh. Tapi, lepas habis sekolah, aku masuk matrik. Time kat matrik aku study gila rajin. Korang sesapa yg pernah duk matrik tau cmna suasana matrik. Aim dari sekolah aku nak sambung study dlm medical field. Nak sangat jadi doktor. Sangat suka subjek bio. Time sekolah dulu semua org rujuk aku kalau nal study bio sebab aku banyak analogi yg nak bagi paham especially kalau yang berkaitan mechanism. Tapi, time exam dorang dapat A, aku dapat C. Aku pun heran kenapa aku blh explain tp aku xleh nak skor. Masuk matrik pun aku jadi fasi utk subjek bio. Tapi time matrik aku dah dapat score, and kat situ baru aku perasan aku ni lack of writing skill nak explain dlm word tu tak reti. Pulun punya pulun, tak dapat jugak score 4 leper. End up dgn pointer 3.88. Hancur harapan nak furthur medic sbb smua org ckp medik nak 4 flat. Dlm sedih aku bersyukur jugak sbb kat situ aku realize sbnarnya aku tak bodoh. Haha. Kalau bandingkan usaha time sekolah dulu, mmg takde usaha pun time duk sekolah.

Pastu masuk uni, kos bio. Dpt biasiswa kerajaan berbekalkan pointer matrik. Tapiii, time duk uni pulak, haa lagho seronok sangat kan konon dah masuk u. Pointer aku drop teruk bila masuk sem 3. CGP sem 3 below 3, dapat warning drpd scholarship. Dorang call ckp if aku dpat pointer below 3 bagi 2 sem berturut2, maka dorang akan freeze aku punya scholar. Cuak kena ugut kat KPT, aku pulun balik sem 4 dan CGP naik balik jadi 3. Tapi, CGPA still below 3 tak dpat cover pointer sem 3. Padahnya kat sini kalau main2 kat uni, bila pointer drop tengah2 sem, berpeluh korang nak kena naikkan balik bagi jadi 3. So, scholarship KPT bagi duit time sem 4 sbb result ada improvement utk sem 4. Tapi, sem 5 aku drop balik bwh 3. CGPA mmg tak dpt nak diselamatkan dah. Then, scholarship kena freeze sem 5. Aku takda sumber duit lain time tu, guna duit saving utk makan, bayar yuran pendek kata utk survive sem 5. Masuk sem 6, which is final sem, aku still guna duit sendiri utk survive sebab pointer still below 3. Buat keje part time hujung minggu. Parents tak pernah tahu psal pointer aku time tu, tak tahu scholarship aku kena freeze, tak tahu aku tak ada duit nak balik beli tiket flight semua tu. Kalau dorang tanya, aku jawab aku okay ja belajar, cuma minta doa. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan degree tapi sedihnya dengan pointer 2.99.

Cita2 aku nak jadi doktor masih membara even aku tahu tak akan dapat. Aku sangat minat akan research, sangat gilakan sains. Pendek kata memang minat nak jadi researcher if tak dpat jadi doktor. So, aku furthur master dlm medical molecular kat univ awam di semenanjung. Awal2, sv yang aku approach semua reject sbb ckp pointer aku below 3. Sampailah SV aku yg skg ni approve utk buat research bwh dia. Dia tahu pointer aku kalau ikotkan tak layak, tapi dia pertimbangkan. So, kat sini lah aku nak buktikan yang sebenarnya aku ni layak, cuma dulu aku tak guna peluang untuk study betul2. Within 1 year, aku berjaya siapkan semua labwork dan start tulis thesis. SV aku impress dgn keje aku, so dia suggest aku convert kepada phD. Tapi dia cakap kalau nak convert phD, pointer degree kena above 3. Sedih lagi skali bila teringat kat pointer. Tapi dia tlg usahakan minta dgn pihak atasan utk bg aku convert dengan syarat aku present progress biar betul2 tip top. Dan alhamdulillah aku berjaya present dgn jayanya dan pihak atasan luluskan utk convert ke phD. Aku teruskan research dan writing utk phD sampai lah aku grad as a doctorate pada umur 26 tahun.

Jadi, kepada korang yg lalui nasib pointer rendah, tapi sangat minat buat research tapi tengok syarat tak lepas, jangan putus asa. Ko pergi je buat muka tebal minta jugak nak study research dengan mana2 lect. Sebab bila dah mcm ni baru aku perasan, once kita fall in love dengan seuatu kerja, kita akan buat betul2, jangan fikir utk impress org lain dgn pangkat Dr or prof shj depan nma, baiki niat untuk sumbang sesuatu kepada ummah. InsyaAllah Allah tu Maha Kaya, Dia tahu mana bagus mana yg tak bagus untuk kita. Aku pun tak sangka aku pergi jauh smpai sini. Btw, dulu time degree aku tak pergi pun konvo sebab sedih sangat. Aku bagi alasan taknak gi konvo sebab jauh, nak jimat duit. Padahal takde duit, dan Rasa tak layak. Sampai skg mak bapak dan kawan2 aku igt aku ni budak 3 pointer. Hahaha. Hakikatnya humm. Dan sampai sekarang kalau orang tanya pointer, aku sedih.

Pesan aku kat sini, korang yg duk study lg, study la sungguh2, tak ramai yg baik budi nak terima student utk research kalau pointer kecik. Bagi yang dah habis study dan dilema antara minat research dan pointer, pergi je terjah SV tu, InsyaAllah masih ada yg baik2 mcm SV aku. Tapi, once dah diberi peluang, buat la betul2, jangan la master pun sampai 5,6 tahun. Haha. Okeh, the point here is we are all bright. Yg membezakan tuuu mcm ayat first tadi. Wassalam.

Aku

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply