Inspirasi

Bagaimana ingin berhadapan dengan akak sendiri ii – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Bagaimana Ingin Berhadapan Dengan Akak Sendiri II

Assalamualaikum dan hi. Sebelum aku sambung aku nak ucap beribu ribu terima kasih dekat pembaca iiumc yang komen post sebelum ni. Terima kasih sebab tak komen yang bukan bukan. Terima kasih atas doa doa kalian, insya Allah moga moga dimakbulkan. Ramai brader brader, akak akak yang nagi nasihat camne nak confront apa semua, terima kasih. Lepas baca komen korang ringan sikit hati. Tapi aku tak confront pun, walaupun aku rasa idea untuk msg dia tu bernas. Masih takde kekuatan nak msg. Once again, thank you, really, dear strangers. Doa doa kalian, kata kata kalian betul betul buat aku sejuk hati. Rasa macam korang ada depan aku nasihat face to face. Alangkah baiknya kalau pengkomen tegar dekat page ni semua macam ni.

Satu yang aku nak clearkan, aku lelaki. MashaAllah ada sister offer hugs, sorry takleh terima haha. But i got what you said, thank you 🙂
So lepas aku balik u tu, lepas aku dah baca komen korang aku terus reda sikit, dan memang nak pakai idea yang suruh aku msg je akak aku tu. Tapi aku fikir aku nak balik rumah dulu, sebab time tu ayah aku sakit an, baru discharged ward. Takkan aku nak msg dia dah cite semua pastu aku balik rumah pulak, awkward dia tak tertanggung aku nanti.

So aku pun balik rumah. And supposedly aku balik u semula hari ahad weekend yang aku balik rumah tu, tapi hati rasa macam terjentik taknak balik. Aku rasa nak tengok ayah aku, walaupun dia macam ok sikit lepas discharged dah balik rumah tu. Aku bagitahu mak aku, rasa taknak balik lah. Rasa nak cuti. Mak aku suruh gak balik takut aku miss lecture ke kan tapi aku berat hati nak balik. So aku amik cuti seminggu, nak tengok ayah aku. Masa aku amik cuti seminggu ni, akak aku still dengan perangai camtu. Sampai 3 hari dia tak balik. Mak aku risau sebab kitorang call masuk voicemail. Masa ni aku dah tawar hati, bila mak aku suruh call aku cakap kat mak aku biarlah mak, dia dah tua dah boleh fikir baik buruk. Orang malas nak fikir pasal dia, baik fikir pasal ayah Mak aku tak layan aku, dia call gak banyak banyak kali, siap suruh abang-abang aku call setiap setengah jam. Punya risau.

Then masa hari ketiga dia tak balik tu, ayah aku meninggal. Ada hikmah aku rasa tak nak balik u lagi masa tu. Hmm. Time kitorang tengah busy prepare ayah punya pengkebumian, kitorang still try call dia. Lastly, sampai jenazah dah siap dikebumikan, baru lah dia contact abang kedua aku. Dia pelik kenapa takde orang kat rumah, sebab kitorang kebumikan ayah dekat kampung dia. Masa tu lah baru dia nak meraung menyesal bagai. Dia pun direct ke kubur, lepas semua dah siap. Kitorang pulak terpaksa tunggu dia ke kubur walhal mak aku dah otw nak balik rumah semula, nak prepare kenduri tahlil malamnya tu. Aku sumpah masa ni geram betul. Dia menangis nangis meraung dekat kubur, sikit pun aku takde rasa apa kat dia. Rasa nak maki je tapi sebab aku jenis simpan je an. Peh nak meletup aku pendam. Nak pandang muka dia pun aku takleh.

Dah balik rumah tu aku nak bagi silent treatment lah dekat dia an, adik beradik lain pun semua marah kot. Dia perasan aku elak untuk cakap ngan dia, tapi dia still tegur gak buat tak tahu. Kitorang tak sampai hati pulak nak pulau akak sendiri, ended up bercakap jugak. Lepas kenduri tahlil malam ketiga, dia keluar pulak dah. Masa tu pukul 2 tak silap, malam ketiga ni sedara mara semua dah balik dah. Tinggal family aku jelah. Aku dengar dia tengah siap siap cari gincu bagai. Panas betul masa tu. Aku tanya dia dah nak keluar pergi mana pulak kak? Dia diam je. Dia tahu dia salah. Tapi lagi annoying do dia diam je berbanding dia menjawab. Sumpah. So dia pun keluar malam tu. Balik malam esoknya pulak. Masa ni dah tahu lah memang takde apa dah ni, memang dia buat benda tak elok balik lah ni. Aku dapat rasa.

Dia teruskan buat perangai keluar pagi balik esoknya tu adalah dalam beberapa kali sampai ada satu petang tu, mak aku suruh aku call dia. Suruh dia balik lah. Aku buat loud speaker masa tu. Mak aku tanya dia kat mana, dia baru nak bukak ayat aku terus sound Biarlah dia tak balik mak. Memang jenis tak reti bahasa elok takyah balik terus Terus dia senyap, takjadi nak jawab soalan mak aku. Aku rampas phone aku end call. Terus aku msg dia Kau jangan buat perangai tak reti bahasa sangatlah bedah (bukan nama dia), ingat sikit anak kat rumah. Umur kau dah tua Dia tak reply pun. Seumur hiduap aku, aku tak pernah bahasakan aku kau dengan dia. Petang tu lah first.

Then malamnya dia balik rumah. Aku tak bercakap dengan dia sampai lah hari ni. (adalah dalam seminggu) Tapi dia still macam tu woi seriouslah. Walaupun aku cuba tak nak fikir pasal dia tapi still, sedih gak. Kau rasa tak? Dia buat tak kisah aku tak bercakap dengan dia, dia stil tegur aku, tapi aku tak layan. Memang kasar lah aku cakap ngan dia. Sampai tadi, baru malam ni, dia nak keluar. Mak aku start tanya dia nak pergi mana apa semua. Kebetulan mak aku tak tidur, sebelum sebelum ni dia keluar time mak aku tidur so tak sempatlah mak aku nak berleter an. Time dia tengah siap siap tu, time mak aku berleter tu, aku perli gak aku cakap kat mak aku takyah kisahlah mak. Umur tua tapi tak reti bahasa nak buat camne lagi. Dia diammmmm je. Tak marah takde nak bantah aku ke apa. Tu tambah annoying rasa nak tumbuk muka akak sendiri. Dia cakap kat mak aku ni last, dia keluar nak hantar barang kawan. Kepala hotak dia lah. Pagi pagi macam ni. Sikit pu aku tak percaya. Dengan tadi boleh dia suruh suami akak aku yang kedua ni bawak anak anak dia keluar McD sebab nak distract anak dia. Lagi. Berapi betul aku.

Aku sekarang ni dah tawar hati dah weh korang. Sekarang ni aku fikir nak balik u je. Taknak tengok muka dia taknak ambik tahu pasal dia dah. Aku nak belajar sampai habis, kerja pastu tolong family aku je. Dia, kalau lepas aku dah kerja dah mampu tanggung family, aku boleh ubah dia baru aku ubah. Tapi misalannya time aku dah mampu nak tanggung, nak ubah dia, time tu dah terlambat, aku nak redha je. Aku dah letih. Aku tak nak ambik tahu dah. Biar lah apa nak jadi jadi lah. Dia nak buat apa dengan hidup dia buatlah. Aku tak nak kisah sikit pun.

Aku kesian dekat mak aku je. Dah lah suami baru meninggal, anak pulak buat perangai camtu. Mak aku mengadu dekat aku, tapi apa lah aku boleh buat selain dari suruh dia tak yah kisah. Ibu mana tak susah hati an.

Itu jelah aku nak luah. Terima kasih sudi baca. Terima kasih admin sudi publish confession ni. Aku harap pengakhiran nanti semuanya baik baik. Tolong doakan yang terbaik buat keluarga aku dan ingatlah, keluarga macam keluarga aku ni wujud dalam masyarakat. Semoga semuanya sempat bertaubat. Assalamualaikum.

Adik yang tak tahu nak rasa apa dah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply