Inspirasi

Cikgu abu – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cikgu Abu

Aku dilema jugak sama ada nak cerita atau tak,hmmmm aku cerita je lah .

Kes ini jadi 2 tahun lepas,pasal cikgu aku . Nama dia cikgu Abu (bukan nama sebenar) .

Ada dalam satu minggu itu,cikgu abu lansung tak datang . Lepas tanya sorang cikgu sebelah meja cikgu abu,baru lah tahu dia pegi kursus kat langkawi .

Lepas beberapa hari kawan aku cerita kat aku yang cikgu abu kata kalau nak coklat kena kiss dia . Ada yang cerita cikgu abu ajak dia buat emm . Banyak lagi sebenarnya,tapi aku tak berapa ingat . Yang penting semua dia cakap berbaur seksual

Benda nampak simple je , tapi bagi perempuan yang betul betul perempuan confirm geli punya dengar ayat macam itu . Rasa macam laki tak hormat perempuan pon ada .

Hari itu,aku jalan sorang naik kelas . Aku pegang air tin kiri kanan aku sebab kawan aku kirim suruh beli . Lepas itu,boleh pulak terserempak dengan cikgu abu . Aku kira nak patah balik dah,lepas tu dia panggil nama aku . So aku jalan dengan pasrah . Tetiba,dia pegang tangan aku . Dia kata bak la satu air .aku tarik la tangan aku . Aku senyum sambil jalan ke depan .

Dalam hati memang dah bengang ribut taufan naik angin sampai boleh main layang layang . Wah selama aku bersekolah ni lah first time cikgu laki pegang tangan secara sengaja . aku memang bengang habis . Terus aku cerita kat kawan aku . Diorang semua terkejut la .

Balik rumah aku report kat senior aku . Ye lah,konon konon minta pendapat. lepas itu senior aku cakap la that is not the first time . Sebab before aku kena,ada ramai lagi yang dia buat macam itu . Dia pegang peha senior aku la,cubit pipi bagai (banyak lagi yang dia buat tapi aku tak ingat). Dari segi lisan tu memang selalu la dia cakap yang bukan bukan .

Esok tu aku jumpa la kaunselor . Aku geram weh . Aku cerita semua kat kaunselor aku . At first,dia macam taknak percaya aku . Sebab ye lah,cikgu abu tu tiap tiap minggu dia la yang baca yassin kat perhimpunan . Sedap pulak itu . Takkan la dia nak buat macam itu .

Aku cakap je semua benda termasuk la yang kawan kawan aku pernah kena semua . Semua aku cerita . Kaunselor suruh kawan kawan aku datang discuss sekali,tapi dia orang tak nak . Sebab cikgu abu ni rapat dengan parents dia orang (a.k.a cikgu abu ialah client bapak diaorang). Nanti tak selesa pula . Kaunselor kata dia nak kena bincang dengan pentadbiran sekolah dulu apa tindakan yang sepatutnya .

Bila nak dekat balik sekolah,cikgu disiplin datang kelas panggil aku . Dia tanya balik betul ke apa yang terjadi,siap dia suruh aku lakon kan balik apa yang terjadi . Aku tunjuk jelaa macam mana dia pegang tangan aku .

Siap cikgu disiplin itu suruh diam diam,dia taknak sapa sapa pon tahu . Sebab? Sebab cikgu abu tu pegang title cikgu . Dia orang akan siasat kes tu . Dan cikgu cakap,kalau betul cikguu abu yang salah,dia akan kena tindakan . Tapi kalau dia tak salah,aku yang akan kena . Aku kata je lah,okay . Siasat je lah . Sebab aku dah tak kisah apa nak jadi,jadi la .aku di pihak yang betul . Dan aku pantang betul laki yang suka ambik kesempatan.

But at last,pihak pentadbiran,cikgu disiplin,kaunselor diam je . Kes tu pon tergantung . Tak de sapa yang kisah kes itu atas sebab diorang set kat minda diorang benda ini HAL KECIK

Aku kalau tahu dia orang buat tak kesah hal aku,baik aku report ppd . Sebab jiran aku ppd,senang dah nak report . Nom tel ppd,email ppd semua aku dah ambik . Sebab senior aku suruh bincang elok elok dengan kaunselor but then terbiar macam itu je .

Mungkin bagi diorang hal kecik,bagi aku hal besar,sebab ayah aku nak pegang tangan aku saja saja pon aku tak bagi. Ni kan pulak orang luar yang sah sah haram pegang aku

Aku geram je tengok cikgu itu,sebab dia tak kena apa apa pon . Kes tutup ke tergantung pon aku tak tau .

Mak ayah aku tahu pon sebab aku jenis tak pendam . Aku jenis suka share semua benda kat diorang . So better korang tanya anak korang adik korang kot dia orang pernah alami .

Gangguan seksual ini terbahagi kepada 2 .

1) lisan
2) perbuatan

In case korang tak tahu,sebab dulu pon aku tak tahu

Aku pon pelik wujud lagi manusia yang perangai macam ini . Bila nak pupus entah

Budak kecik

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply