Inspirasi

Ibarat melukut di tepi gantang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Ibarat Melukut Di Tepi Gantang

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya ini.

Selepas tamat belajar di sebuah IPTA, selama 6 bulan saya struggle mencari kerja..tetapi belum ada rezeki. Saya cuba mencari kerja berdekatan dengan rumah keluarga saya. Ada kekosongan sebagai kerani di sebuah sekolah swasta. Alhamdulillah, saya akhirnya mendapat pekerjaan. Walaupun di luar bidang, tetapi banyak ilmu dan pengalaman yang di peroleh.

Pelbagai masalah dihadapi semasa berkhidmat tetapi dapat di atasi atas tunjuk ajar staf-staf dan bos. Kerja saya melibatkan urusan dalam dan luar pejabat. Saya baru faham, tugasan kerani juga berat dan banyak menguji kesabaran. Selepas 5 bulan bekerja, bos mencadangkan untuk melantik kerani baru untuk meringankan beban tugasan saya. Saya terima baik cadangan bos memandangkan saya boleh kurangkan urusan luar pejabat.

Di sinilah bermula isu baru. Ada staf mengatakan saya tidak buat kerja. Hanya duduk di pejabat dan mengarah kerani baru untuk buat kerja. Sedangkan kerja di pejabat juga menimbun. Bila saya tengok kerani baru tak buat kerja, saya beri tugasan untuk membantu saya. Kerani baru tidak mahir menggunakan komputer. Saya hanya meminta bantuan untuk mengira wang dan mengemaskini dokumen. Lagipun jika selesai urusan luar pejabat, dia hanya duduk main handphone sahaja di pejabat. Salah ke saya minta tolong?

2 bulan kemudian, isteri bos datang memarahi saya atas alasan tidak buat kerja dan suruh saya berhenti kerja. Saya terkedu. Kenapa bukan bos yang marah saya? Isteri bos bukan staf di situ. Saya tidak ambil endah dan masih meneruskan kerja saya. Selang beberapa hari, isteri bos masuk dalam group whatsapp. Mengarah itu ini. Pelik sangat, apa hak isteri bos tu ye? Dia tahu marah-marah je tanpa tahu secara detail perjalanan aktiviti sekolah. Untuk mengurangkan tekanan, saya minta cuti dengan bos selama seminggu. Selama ni pun saya tidak kisah tentang cuti dan OT. Bos izinkan.

Selepas seminggu, saya datang kerja. Dalam 2-3 hari, bos mesej saya suruh berhenti kerja. Terkejut saya. Tanpa notis. Saya pula tiada saving langsung sebab uruskan pembayaran hutang tertunggak. Saya akur tetapi agak terkilan. Tapi saya hanyalah melukut di tepi gantang. Adanya tau perginya saya tidak memberi kesan.

Sekarang, saya mengalami simptom-simptom kemurungan seperti yang telah dikongsi oleh confessor sebelum ini. Setelah saya berhenti, banyak cerita-cerita buruk tentang saya telah diumpatkan. Dalam pada masa yang sama, urusan pejabat menjadi agak huru-hara kerana tiada yang mahir komputer. Isteri bos keluar group whatsapp selepas saya berhenti kerja. Saya masih berusaha mencari pekerjaan.

Apa yang saya sedar, sekolah swasta ini tidak profesional dalam beberapa perkara.

1. Membenarkan campur tangan ahli keluarga yang bukan staf @ahli lembaga pengarah dalam pentadbiran.
2. Tidak meminta staf baru ntuk menandatangani perjanjian perlantikan jawatan.
3. Tiada notis sekurang-kurangnya sebulan untuk berhenti kerja.
4. Sudah 2 bulan, saya masih tidak dapat surat pengesahan berhenti kerja dari pihak majikan.
5. Saya tidak tahu atas alasan apa saya diberhentikan. Jika tidak buat kerja, saya tidak boleh terima. Sebab banyak kerja saya lakukan dalam satu masa. Oleh kerana kerja saya dapat siapkan dengan cepat, saya kerap dapat task baru dan cuba siapkan tanpa banyak kerenah.

Dan beberapa perkara lagi. Tetapi saya highlight apa yang penting sahaja. Saya harap, pengalaman saya ini dapat menjadi iktibar kepada pembaca semua. Pastikan kebajikan anda terjamin di tempat kerja anda.

Hamba Allah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply