Inspirasi

Kejantanan yang ada pada perempuan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kejantanan Yang Ada Pada Perempuan

Assalamualaikum , aq ni org KL . Universiti aq jauh di sana (utara) . Aq ni jenis perempuan yg mmg x berapa nak bermekap-mekap sangat. Kalau keluar je , mesti jeans and t-shirt. Takde benda lain. Mmg tu je pakaian harian aq. Kalau korang nak tahu, memang susah nak nampak aq ni pakai baju kurung la , skirt, pe benda tah corletto takpun senang seluar yg berambang2 mcm kain ( bunyi dia macam cornetto aiskrim) . Bila kawan2 aq mention pasal pakaian punya nama, aq pun jawab , ohh Seluar yg kembang2 tu .

Aq mmg tak tahu apela pasal fashion ,mekap. Mula2 aq rasa mcm terasing sbb perempuan bila dah masuk 20an mekap ngan fashion mmg tiptop dalam jari. Aq dah masuk 20an satu jadah pun aq xtau. Sampai ade sorang kawan aq ni ingat aq org kampung sbb cara pakaian aq. Kekadang aq gi beli makanan pakai seluar tidur je ko tau. Kadang seluar tu kotak tengah aq boleh cover gan baju labuh. Ko nak gelak ke ape gelakla. Mmg aq x hirau camne org tengok cara berpakaian aq.

Kalau lelaki kat luar sana nak tau, meh aq cerita mostly perempuan yg berfashion2 ni camne.

1. Diorang kalau siap boleh berjam2 . Aq x tipu. Kadang aq sampai sakit hati nunggu mangkuk jembalang ni. Walaupun aq ni perempuan, rasa annoying gila ko tau. Nak gi makan mamak pun sampai gitu lamanya siap.

2. Kalau keluar makan, minah2 ni akan selalu post gambar dekat tempat yg ada brand. Macam nandos la, sushi king . Bila kita kuar gi kedai mamak, kedai tepi jalan taknak plak ko post. Aq kadang hangin ko tau . Aq punyalah kebulur. Pastu nak amik gambar punyalah lama. Mula selfie dulu. Lepas dah selfie , amik gambar makanan. Aq kadang mengamuk sbb dah lapar nak kena tunggu jembalang ni semua amik gambar makanan pulak.Edit

3. Mostly, aq gi surau sembahyang ke main game jap ke. Ko tau , aq perasan kebanyakan perempuan bukan tengok satu cermin je tau nak siap. Kadang sampai dia gi sini, dia gi sana tengok cermin. Kalau kat rumah sewa aq la, dia pakai tudung, tengok cermin dia. Pastu dia kuar tengok cermin aq. Ok, sekarang dia dah keluar dia tengok cermin kat luar rumah pula (kebertulan kat luar tu ade cermin) . Pastu nak masuk kereta tengok cermin yang boleh turun naik tu. Dah duduk dalam kereta dia tengok front mirror plak . Kepala otak ko berjambul ! Sakit jiwa aq tengok kawan aq ni. Nak kata lawa, muka macam spongebob . Boleh gila aq tengok perangai diorang ni.

4. Ko jangan terpedaya dgn gambar2 kat instagram. Kalau dia post gambar mention bare face . Tu maksud dia dia dah sapu bermacam-macam concealer nak tutup gunung berapi dia, takpun eyebeg . Kalau tak tergolongan pun , aq xtau la filter ape dia guna sampai nampak gitu. Sbb mostly phone kawan2 aq mmg ade apps filter nak kasi nampak cantik . Aq kalau pakai filter pun yg ade kat insta, facebook . Tak kuasa aq bak membazir masa edit muka aq bampak mcm juliana banos, nota danish.

5. Aq yg sebagai kawan gengster pun malas nak kuar ngan minah camni. Jalan punyalah lambat. Jalan sikit amik gambar, ke sana amik gambar ke sini amik gambar. Meluat aq tengok. Aq rindu zaman sebelum trend gini dtg. Kita duk kat mamak makan, berborak, gelak2. Sekarang , semua makan pegang phone. Tak pun diorang ni nak enjoy the moment.

Kadang aq sampai sakit hati diorang ni ngutuk aq x reti fashion. Aq dari pakai baju t-shirt , jeans plus selipar kuar . Aq terus upgrade seluar jeans uniqlo , kasut kadang nike kadang puma tak pun dc . Kasut yg keperempuanan sikit pun aq beli camel active, hush puppies yg buruk2 tu. Semua ni bukan aq nak berlagak ke ape . Kadang aq nak diamkan diorang dari ngutuk aq. Ha, tau terkedu ko tengok aq berpakaian .

Tu je la aq nak luahkan. Takyahla ko nak pakai ropol2 keluar sana sini . Aq kadang menyampah tengok org post kat insta posing gina la gitu la. Aq post gambar kat insta pun yg aq senyum , enjoy ngan kawan2 aq . Tapi xdela seupgrade diorang ni. Sbb nanti bila aq bosan, boleh aq scroll profile aq tengok gambar2 tu . Adelah kenangan tersimpan.
Sis

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply