Inspirasi

Luahan mangsa penipuan butik pengantin di kuching, sarawak – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Luahan Mangsa Penipuan Butik Pengantin di Kuching, Sarawak

Assalamualaikum semua. Saya berterima kasih kepada admin sekiranya admin menyiarkan kisah saya ini. Saya perlu menviralkan penipuan yang dibuat oleh sebuah butik pengantin yang bernama B****l H*****a, yang terletak di Kuching, Sarawak. Saya adalah salah seorang dari mangsa pemilik butik berkenaan. Saya berharap tidak ada yang akan tertipu lagi seperti saya.

Untuk makluman semua, saya telah menempah pakej pelamin dewan yang berharga RM2599 dan sewa hantaran bernilai RM400. Saya diminta untuk membayar RM2000 sebagai deposit sekiranya ingin mendapatkan harga promosi RM2599 tersebut. Bayaran baki RM599 pula akan dibayar selepas pelamin siap dibuat. Untuk sewa hantaran pula, dia meminta saya untuk membayar RM300 sebagai deposit dengan alasan yang sama iaitu untuk mendapatkan harga promosi.

Dia meminta saya menghantar design untuk pelamin, bunga tangan, inai, baju sanding dan hantaran yang diinginkan. Walaupun saya sering ke butik B****l H*****a namun saya tidak pernah langsung bersua muka dengannya. Hanya ibunya dan pembantunya sahaja yang melayan saya ketika saya pergi ke butik tersebut.

1. Hantaran
Hantaran yang digubah oleh dia adalah hantaran yang paling buruk yang pernah saya lihat. Tidak ada persamaan langsung dengan design hantaran yang saya minta. Harga RM400 yang dikenakan adalah sangat tidak berbaloi. Sehari sebelum majlis barulah hantaran saya siap digubah sedangkan saya telah menghantar design hantaran berbulan-bulan lebih awal.

2) Inai tangan.
Inai saya dilukis pada pukul 1.20 pagi, sebelum majlis saya berlangsung pada 9.30 pagi hari yang sama. Inai yang digunakan adalah inai murah yang langsung tidak berkualiti. Warna inai luntur apabila dibasuh. Semasa tepung tawar, baju gaun pengantin yang saya pakai menjadi kotor kerana warna inai yang luntur tersebut terkena pada baju.

3) Baju pengantin.
Baju sanding suami saya yang disediakan ialah baju sekolah yang berwarna putih. Sedangkan baju yang suami saya minta ialah kemeja putih dan adalah sangat tidak patut, dia memberikan baju sekolah sebagai baju sanding suami saya. Seluar sanding suami saya pula ialah seluar PBSM. Kain yang digunakan untuk baju sanding saya ialah kain renda yang old fashion dan kain lycra yang murah. Dahlah fitting baju last minit. Dua hari sebelum majlis baru fitting baju. Alasan yang diberi kononnya tertinggal dalam kereta. Menyakitkan hati betul. Baju sanding dihantar pada pagi majlis berlangsung. Tapi baju yang disiapkan tu saya tak pakai pun. Saya sanggup keluarkan RM600 untuk sewa baju dari bridal lain daripada pakai baju yang memalukan seperti itu.

4) Pelamin.
Sangat2 menyakitkan hati. Saya menangis semalaman pada hari perkahwinan saya dan sehingga saat ini pun, saya sedang menangis penuh penyesalan kerana memilih b****l h*****a. Hancur hati saya mengenangkan wajah ibu bapa saya dan juga keluarga saya pada hari majlis saya itu. Wajah2 tetamu yang memandang kehairanan, dan berbisik sama sendiri juga tidak dapat saya lupakan. Ada riak kasihan pada wajah mereka. Mungkin mereka tidak menyangka saya dianiaya sebegitu rupa. Malu. Terlalu malu. Hari bahagia saya dimusnahkan oleh manusia hina yang tak berhati perut.

Keluarga saya bertungkus lumus memastikan majlis yang dirancang berjalan lancar dan semudah itu, B****l H*****a menghancurkan semua harapan mereka. Pelamin yang paling teruk yang langsung tidak dapat saya bayangkan dan saya gambarkan dengan kata2. Kerusi pengantin yang digunakan kotor dan nampak sangat lusuh. Kain untuk backdrop pun berlubang dan kotor. Bunga hiasan yang diletakkan di pelamin adalah bunga yang berdebu dan buruk. Tidak ada langsung disediakan bantal pelamin dan permaidani. Meja akad yang dijanjikan hanya tinggal janji. Bunga tangan langsung tidak disediakan. Pengapit saya terpaksa pinjam bunga di kaunter receptionist hotel yang pudar warnanya. Nak buat macam mana, takkan tak ada langsung bunga tangan kan..

Saya sangat malu untuk duduk bersanding di atas pelamin yang buruk itu. Saya malu dengan semua tetamu yang hadir. Saya berharap agar cepat2 selesai majlis. Saya tidak mampu untuk memaafkan manusia sekejam dia sampai bila-bila. Semoga Allah memberikan balasan terhadap dia atas penganiayaan yang dia lakukan.

Percayalah, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan inshaAllah.

Nusya

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply