Inspirasi

Manusia rare – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Manusia Rare

Assalamualaikum
aku pelajar ipta malaysia. aku nk cerita pasal beberapa kawan aku yang bagi aku pelik perangai dorang. Antaranya:

1) suka menangis bila gaduh dengan boyfriend dan akan baik semula dalam hari yang sama. pernah sekali aku ingat dia keluar dengan boyfriend die tapi tanda-tanda dia keluar tak ada. jadi aku dengan housemate lain cari dia dalam rumah tapi tak jumpa. pastu aku double check dalam bilik kawan aku. dia duduk dekat hujung katil,muka tutup dengan tuala,menangis. bila tanya sebabnya. nak gelak aku. boyfriend dia nk couple satu lagi macam konsep orang bermadu. aku rasa balak dia tu pun ada masalah mental. couple pun nak bermadu. dia pun banyak habiskan masa dengan balak dia. pergi kelas sama-sama, dalam kelas mesti duduk sama-sama kalau tak nanti merajuk , balik kelas pun sama-sama. jarang la balik dengan aku kecuali gadoh dengan balak dia la. banyak kali la dia buat perangai macam tu sampai aku pun dah bosan dengan perangai tu.

2) sorang ni pulak ada masalah pendengaran aku rasa. cuba korang bayang kan. aku duduk sebelah, dia tengah drive. bila aku bercakap dengan dia, akan krikkkk krikkkkk. tak ada respon. tak payah cakap masa drive. kalau duduk dalam kelas pun macam tu. katanya terlampau fokus. orang lain pun fokus jugak bila drive atau bila duduk dalam kelas, tapi tak adalah aku rasa sampai macam tu. lagi satu aku paling stress bila dia tengok cerita dekat laptop. satu rumah akan dengar dia gelak yang macam spongebob. yang ni serius memang annoying gila.

3) suka buat rumah sewa macam hotel. suka hati pukul berapa nak balik. berapa hari tak nak balik. kalau dia macam tu tak menyusahkan orang lain tak apa. ini tak, sewa rumah susah nak bayar. yang paling menyakit kan hati, dia suka guna barang orang sesuka hati. barang mandian housemate suka hati dia guna. kalau mintak kebenaran tak ada orang yang nak marah, ini tak. yang paling best guna baju orang suka hati. dia rasa nak pakai dia ambil. lepastu suka reka cerita, kalau tak kantoi tak apalah. last-last kantoi.

4) yang ni lebih kurang dengan yang atas ni, tapi yang ni reka cerita lagi dasyat dan gempak beserta linangan air mata. kalau orang baru kenal dia memang akan simpati dan nampak orang lain yang jahat, dia je baik. dia ni pun suka berpindah randah kawan dia. dia akan berkawan dengan siapa saja tapi bila perlu. bila dah tak ada faedah kawan dengan orang tu, akan di lupakan. satu je dia akan ingat, balak dia yang ada perangai sebijik macam dia. suka buat cerita kalah cerita tamil.

5) kawan sekolah menengah ni pulak penah tipu aku hidup-hidup. cakap dia nak mati sakit jantung berlubang. yang aku pelik sampai sekarang hidup lagi. badan makin sihat pulak tu. dulu cakap dengan aku akak dia dera dia la. dia anak angkat la. nak bunuh diri pun penah jugak.

6) lagi satu ni obses dengan kurus. padahal badan macam papan lapis dah. bila update apa-apa pasal diri dia mesti cakap nak kurus, badan dah gemuk la. padahal sama je kurus.

semua jenis orang kat atas ni tak fully aku cita. kalau nak cita setiap satu memang tak cukup huruf. apa pun aku baru jumpa beberapa orang je yang bagi aku memang stress dan sngat menyakitkan hati bila duduk dengan mereka ni. aku nasihat kan hati-hati bila nak pilih housemate atau kawan ni. jangan nanti disebabkan perangai diorang ni korang yang stress. tak boleh nak fokus belajar dan sebagainya.

dina bukan nama sebenar

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply