Inspirasi

Mimpi atau mainan tidur? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mimpi Atau Mainan Tidur?

Assalamualaikum

Saya nak share sikit tentang mimpi saya. Saya tahu mimpi cuma mainan tidur. Tapi benda ni dah kerap sangat terjadi dekat saya. Mimpi kerap berulang ulang kadang kadang beberapa bulan sekali dan kadang kadang mimpi dalam masa yang dekat dekat.

Disini saya kongsikan tentang mimpi saya. Dan kalau ada sesiapa tahu ustaz atau bagaimana cara nak contact dengan orang yang pandai mentafsir mimpi maklumkan pd ruangan komen ye? Saya cuma nak berhubung dengan perubatan Islam yang pandai mentafsir mimpi sahaja. Kalau bomoh atau dukun saya minta maaf sgt sgt.

Saya kerap bermimpi saya menyusukan bayi. Kadang kadang sampai 2 orang bayi saya susukan sekaligus. Saya kerap mimpi saya disuruh menjaga bayi dan ditinggalkan seorang diri. Jaga bayi sorang sorang. Kadang kadang tu 2-3 orang saya jaga sekaligus. Tapi semua saya jaga dengan penuh kasih.

Beberapa bulan lepas, saya mimpi saya sarat mengandung. Saya ada atas puncak yang berkabus. Masa tu saya tak larat sangat nak jalan sebab perut dah besar. Ada seorang bersama saya bantu saya pimpin saya berjalan. Tp saya tak tahu siapa orang tu. Dalam mimpi tu pun saya xtahu siapa orang tu.

Saya pernah 2x bermimpi melahirkan bayi. Ye saya rasa meneran semua tu. Ada doktor yang menyambut bayi saya. Saya rasa susah payah melahirkan.

Ada sekali saya mimpi lahirkan bayi atas trolli mandi mayat warna silver tu. Ada sekali lagi saya mimpi saya lahirkan seorang bayi yang cukup sifat dan sangat comel. Sampai dia lahir terdetik dalam hati saya. Comelnya budak ni.. tapi bayi tu tak diazankan. Sampai saya tertanya tanya kenapa x diazankan bayi saya?

Sekali lagi saya mimpi saya lahirkan bayi. Baru semalam. Bayi yang halus je rambut dia. Saya cium ubun ubun dia. Tapi bayi tu sumbing.

Walau macammana pun keadaan bayi saya dalam mimpi tu. Hati saya dah jatuh kasih pada bayi tu walaupun saya dah bangun dari tidur. Jatuh kasih pada anak anak saya. Terlalu kerap saya mimpi bayi sampai saya fikir mereka ni kalau anak yang betul dah ramai dah anak saya walaupun saya belum berkahwin lagi.

Serba sedikit tentang latar belakang saya. Dulu saya pernah terkena buatan orang. Dua orang sekali gus. Teruk saya terkena sihir sampai saya pernah solat guna isyarat mata je. Bayangkan macammana saya xboleh bangun walaupun untuk solat. Tapi rasanya saya dah terlepas dari sihir tu sebab sekarang saya dah sihat.

Kalau ada yang pakar dalam soal ni. Mohon bantu saya. Apa maksud mimpi saya ni. Sebab saya search google dia kata bayi ni bermaksud syaitan. Tapi tu la. Tanya google kan. Xberapa nak yakin sangat.

Saya juga kerap mimpi ular. Dibelit. Dipatuk. Dibawa pada saya. Yang ada 2 kepala. Yang asyik datang pada saya. Saya takut. Sumpah takut. Sampai saya fobia pada haiwan tu. Gambar kartun pun saya tak boleh tengok.

Bantu saya 🙁

Saya perempuan
Masih bujang
berumur 20an

cik puan mimpi

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply