Inspirasi

Nasib pejalan kaki – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nasib Pejalan Kaki

Assalamualaikum. Terima kasih pada yang sudi membaca. Dan harap siapa yang membaca ni sila ambil iktibar hokay?

Aku baru lepas grad tahun lepas. Pengalaman ni aku dapat masa kena kerja awal nov 2015. Mostly perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja aku akan jalan kaki which hanya ambik masa 30 minit. Pergi kerja abang aku hantar. (please jangan bash kenapa abang aku tak ambik basa balik) Dan aku juga ada tabiat suka jalan kaki. Kadang saja tak nak transport. Pergi kedai pun nak jalan kaki walau ada motor.

Aku nak tegur dekat sini tabiat pengguna jalan raya samada kereta, motor, lori, mahupun trailer. Aku rasa diaorang ada perangai suka sakat yang melebih pada pejalan kaki.

Korang memang suka picit hon eah kalau nampak orang jalan kaki? Tahu tak kitaorg boleh terkejut. Sampai temper aku, memang aku jerit balik. Kadang malas nak layan, aku angkat tangan macam guard je.

Belum lagi abang-abang lori yang suka jerit dari dalam lori. Aku rasa macam nak lempang pergi balik. Dan kadang aku rasa macam aku ni bahan boneka. Aku terfikir, apa salah pada cara pakaian aku ke? Nak kata aku menggedik tepi jalan takde. Jenis aku pasang earphone, lantak koranglah nak jerit ke nak hon ke.

Ada satu hari tu, otw balik ke rumah. Aku nampak mamat ni kutip tayar dekat tempat pembuangan sampah. Aku buat donno je lah. Masa aku lintas mamat tu, dia cakap hai. Aku diam kan je. Terus aku jalan. Tetiba tali kasut tercabut. Aku pun tunduk nak betulkan (bukan tonggeng okay) tetiba kereta dia berhenti depan aku dan cakap apa ntah sebab enjin dia kuat sangat. Tapi dengan pandangan dia macam aku ni minah tepi lorong. Aku jeritlah KAU PAHAL? Tahu dia balas apa?
eh kau jangan lan*** sangat eh sambil press minyak pergi.
Aku terfikit mamat ni gila ke sawan?

Belum lagi yang tak reti bagi signal bila masuk simpang (harap je kereta besar, otak letak dekat bonet kot) Yang acah-acah nak jalan tapi tak jalan. Sampai aku jadi benci bila tengok orang yang takde adab atas jalan raya ni.

Bermacam lagi lah yang aku kena setiap kali jalan kaki. Kadang-kadang aku rasa macam hinanya bila kena macam tu. Korang takkan rasa selagi tak cuba jalan kaki dan tak jumpa orang jenis macam ni. Part yang paling sedih ialah mostly melayu.

Kepada abang-abang yang suka menyakat orang tepi jalan tu, dahlah. Pergilah maim acah2 dengan stereng kereta ke orang sebelah ke. Bayangkan kalau adik atau isteri korang yg kena.
Akak-akak pun sama ye, please bagi signal, and jangan main phone masa drive.

Aku tahu akan ada yg cakap eleh masalah kecik pun nak bising. Noooooo ini dah masalah tekanan okay.
Dah tu je yang aku nak bebel. Assalamualaikum

Am

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply