Semasa

Projek laluan basikal di KL semakin uzur

Perkongsian

[IMG]
KEMUDAHAN letak basikal disalah guna oleh penunggang motosikal.

[IMG]
Laluan basikal disalah guna penunggang motosikal

[IMG]

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Usaha menggalakkan aktiviti sukan berbasikal boleh diibaratkan seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila kemudahan itu kelihatan semakin uzur berbanding beberapa tahun yang lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia berhampiran pusat beli-belah Mid Valley dan Jalan Tun Sambanthan berde*katan Ibu pejabat Pos Malaysia mendapati laluan berbasikal tidak diurus dengan baik dan sudah tentu mengecewakan penunggang basikal.

Cat berwarna biru yang pudar dan gambar laluan basikal yang pudat di Jalan Tun Sambanthan pula menjadi petanda jelas kemudahan tersebut tidak diselenggara.

Sementara itu, laluan yang sepatutnya dikhususkan untuk basikal berhampiran Lebuhraya Persekutuan juga disalah guna penunggang motosikal.

Jadi, tidak hairanlah jika tempat letak basikal dipenuhi motosikal dan agak menghairankan, mereka tidak mengendahkan papan tanda yang ditulis ‘basikal sahaja’.

Lebih mengecewakan apabila terdapat tiang penghalang laluan berbasikal yang tersusun rapi bagi menghalang kenderaan lain menggunakan kemudahan itu telah tercabut.

Biasanya jalan berlubang atau rosak sinonim dengan jalan raya yang digunakan oleh kenderaan berat seperti lori dan bas namun tidak disangka masalah sama turut turut ditemukan di laluan basikal.

Keadaan jalan yang dipenuhi batu-batu kecil dan berlubang pasti mengundang bahaya kepada pengguna basikal terutamanya pada waktu malam.

Tinjauan orang ramai yang dijalankan juga mendapati kesedaran mengenai kemudahan tersebut adalah rendah dan menimbulkan tanda tanya sama ada ia akibat sikap kurang peka dengan pembangunan atau kurangnya pemberitahuan dari pihak berkuas tempatan.

Persoalannya, sejauh mana kejayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggalakkan aktiviti sukan berbasikal dalam kalangan masyarakat? – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply