Inspirasi

Adik ipar toyol – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Adik Ipar Toyol

Assalamualaikum warga iiumc. Aku sebenarnya dah lama fikir nak confess ke tak sebab aku dah tak larat nak pendam sorang.

Ak kahwin umur 22 sekarang umur 25. Tinggal dengan parents in law sejak kahwin sbb masa tu aku dan suami still study. Masa sebelum kahwin tu biasalah we get to know our family in laws kan. Ak pun ok la semuanya baik-baik belaka. Except adik ipar perempuan aku ni. Time kami kahwin dia darjah 4.

Sebelum kahwin laki aku (bakal la sebenarnya) selalu cerita mak dia selalu nangis sebab adik dia suka mencuri. Ok la aku ingat tak serius la kot biasalah budak curi sikit-sikit. Aku dulu pun pernah mencuri rm50 duit mak aku tp kantoi dek makcik kantin. Dia report kat mak aku yang time tu cikgu sekolah yang sama cakap aku bayar makanan guna duit rm50. Kah. Tapi mak aku tegur secara berhemah tapi aku ingat sampai sekarang. Thats the first and last.

Bila aku dah kahwin and duduk serumah mula la macam-macam benda aku dapat tau weh. Dari dia suka curi duit biras aku, curi duit bapak dia,curi barang-barang kawan dekat sekolah, curi barang anak-anak buah. Bila laki aku dapat tau memang dia kena belasah habis-habisan la. Bukan tak pernah cakap elok2 tapi tak jalan. Nak kena naik kaki tangan baru jadi tu pun tak lama.

For your info adik ipar aku ni sorang je perempuan yang lain abang-abang dia 4 orang lagi lelaki tapi semua dah kahwin duduk rumah sendiri kecuali aku dan suami. So aku dan suami aku je la yang tau betapa jahatnya dia.

Satu hari tu duit aku rm50 hilang. Aku memang perasan la sebab time tu aku still student belajar berapa sangat duit JPA yang tinggal hujung-hujung sem ni. Aku perasan time keluar dating dengan laki aku tapi dia dok cakap takpela sedekah. Ehh mana bole main sedekah gitu. Aku pun p serbu adik ipar aku tu masa dia balik sekolah tengahari.

Masa dia balik sekolah aku perasan dia masuk bilik abang ipar aku senyap2 dekat tingkat atas. Tingkat atas kitorang jarang la naik siang2 kalau tak ada urusan. Terus aku sergah dia tanya buat apa masuk bilik orang. Dia tak mengaku mulanya lepas aku paksa dia tunjuk duit syiling dia curi dalam tabung. Ohh lagi la panas je aku rasa. Terus aku tanya dia duit aku rm50 ko curi ke tak? Dia taknak mengaku. Lepas aku gertak nak bagitau laki aku terus dia mengaku. Dia ambil beli jajan, beli hadiah untuk kawan2. Macam beli kawan. Habis terus weh rm50. Memang aku bengang sangat tapi aku redha.

Tu cerita 2 tahun lepas ek masa baru-baru kahwin. Banyak lagi lah. Dia curi duit masjid bapak mertua aku. Ratus2 jugak weh. Bayang lah beraninya dia curi duit masjid. Pak mertua aku plak suka sepah duit masjid dia gitu je dalam bilik. Bengang aku. And as usual bila laki aku tau dia kena la lecture and belasah satu dua.

Korang mesti ingat laki aku baran kan. Tak laki aku sangat baik. Cuma ada lah baran tapi terkawal la. Just kalau pasal adik dia ni memang tak bole la nak cakap baik2. Nak tau sebab apa, sebab kalau cakap baik2 dia naik kepala. Dia akan curi pulak duit orang yang buat baik dengan dia. Nak tau kenapa meh aku cerita.

Satu hari ni adik kepada biras aku tumpang tinggal rumah sementara dia LI. Dia duduk sebilik la dengan adik ipar aku ni. Memang baik la adik biras aku ni layan dia tak macam aku layan dia. Tapi macam aku cakap dia ni tak boleh orang buat baik. Boleh dia curi duit adik biras aku. Adik biras aku ni pun macam aku dulu lah student kan rm10 hilang mesti perasan. Dia bagitau biras aku (kakak dia) terus biras aku serbu dia. Punya baik adik biras aku ni dia tak bagi kakak dia marah adik ipar aku. Memang tak la.

Kes lain pulak yang paling sakit hati dia boleh curi laptop biras aku harga rm4k dia beli masa belajar. Adik ipar aku curi sebab nak tengok video lucah dia. Budak sekolah rendah wey curi laptop. Dia curi dari dalam rumah lepastu nervous dia p letak lua rumah. Of course la orang rembat kan. Tak tau la cerita dia benar ke tak sebab dia kan suka menipu.

Ada lagi kes dia curi duit yuran bapak mertua aku bagi. Curi yuran memang selalu walaupun da banyak kali kena marah. Bapak mertua aku pulak tak serik-serik dok bagi jugak duit dekat anak syurga dia. Konon nak tunjuk yang dia percaya budak tu. Yang paling latest masa dia nak ambil result upsr.

Inlaws aku nak ambil result upsr tiba2 cikgu cakap anak mereka tak bayar yuran dah 3 bulan so kena setel semua yuran baru boleh ambil result. Rm130 weh. Dan inlaws aku bayar gitu jek. Rupanya setelah kami biras2 spot check bilik dia kami jumpa jam digital yang bole whatsap, camera, Bluetooth dan sebagainya. Dia beli pakai duit yuran mak bapak dia bagi kawan jual harga rm60.

Sekarang ni yang buat aku stress is laki aku dah taknak ambil port langsung dah. Tinggal aku sorang je yang sakit hati. Kenapa? Sebab semua kesalahan yang aku cakap diatas bapak mertua aku langsung tak pernah marah anak perempuan dia. Yang dia tau g masjid, balik. Hantar pompuan tu g kem ibadah dan dah lepas tanggungjawab dia. Boleh dia buat cool anak dia curi rm130 dia ingat anak perempuan dia buat makan je. Memang nonsense la. And dia tak pernah mintak maaf dekat orang yang anak dia curi barang tu.

Bagi aku budak tu jadi macam tu sebab bapak dia tak pernah nak tegur or marah dia. Walaupun kami biras2, abang2 dia selalu marah dia. Dia akan buat lagi dan lagi. Baru2 ni siap minta handphone lagi dekat bapak dia. Memang berasap je kami biras2 dengar. Banyak lagi cerita aku pasal adik ipar toyol ni nanti kalau admin approve yang ni aku cerita lah. Aku sakit hati gila sekarang ni sebab aku tak bole pindah lagi sebab baru kerja.

Menantu je

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply