Semasa

Kedutaan Amerika palsu di Ghana akhirnya ditutup selepas 10 tahun

Perkongsian

[​IMG]
BANGUNAN berwarna merah jambu di ibu negara Ghana dijadikan sebagai Kedutaan AS palsu oleh kumpulan jenayah tempatan dan Turki. – Ihsan OddityCentral

[​IMG]
Antara pasport dan dokumen palsu yang dirampas oleh polis. – Ihsan OddityCentral

ACRRA: Pihak berkuasa Ghana baru-baru ini menutup sebuah Kedutaan Amerika syarikat (AS) palsu di sini yang telah beroperasi selama 10 tahun untuk mengeluarkan visa kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Menurut laporan portal Oddity Central, kedutaan palsu itu dikendalikan oleh kumpulan penjenayah terancang dari Ghana dan Turki.

Bangunan Kedutaan AS yang sebenar di Accra merupakan sebuah bangunan pejabat yang besar dilengkapi pagar dan kawalan tentera terletak kawasan penempatan golongan orang kaya di Ghana.

Manakala kedutaan palsu tersebut hanya merupakan sebuah bangunan berwarna merah jambu dan beratapkan zink serta bendera AS dikibarkan di luar premis tersebut.

Tiada warga Amerika yang bekerja di premis itu, sebaliknya dikendalikan oleh rakyat Ghana dan Turki.

Namun mereka berjaya menjalankan operasi selama 10 tahun untuk meyakinkan orang ramai membayar beribu-ribu dolar bagi mendapatkan visa dan dokumen pengenalan palsu.

Dipercayai mangsa terpedaya kerana melihat potret Presiden Barack Obama tergantung di dalam bangunan itu.

Difahamkan, kumpulan jenayah itu memberi rasuah kepada pihak berkuasa untuk memastikan aktiviti penipuan mereka tidak diganggu.

Malah Jabatan Negara AS mendedahkan bahawa kedutaan palsu itu beroperasi tiga hari seminggu dan perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

Dalam serbuan pihak polis Ghana, mereka menemukan 150 keping pasport dari 10 negara berbeza dan visa palsu dari AS, India dan Afrika Selatan. – MStar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply