Inspirasi

Kena tindih – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kena Tindih!

Assalamualaikum and hye everyone! Pernah rasa kene tindih?! (betul ke ejaan die hm). Orang cakap kene tindih ni sebab kita tidur terlentang pastu tak letak apa2 atas badan macam bantal or segala jenis bear. First time aku kene tindih masa berbelas tahun kat matrik dulu. Oh shit! Memang tak boleh bergerak dan rasa macam tercekik. Nak panggil org sebelah pun tak boleh keluar suara. Nak cuit die yang cuma beberapa jengkal pun xboleh. Macam2 surah dah aku baca still sama tetap tak boleh gerak. Kadang aku rasa nak tampor je sapa yg tindih tuu! Tahu tak aku susah nak bernafas! Haihhhh

And now bila aku dah jadi HO ni aku stay kat hostel sebelahan hospital. Boleh dikatakan setiap hari kene tindih. Aku cerita nan mama. Tapi mama cakap kalau kita kene tindih biasanya kita akan nampak kelibat si penindih tu. Macam rambut panjang ke, berbulu ke or etc lah.

Mama cakap lg kalau rasa macam kene tindih mungkin sebab airway kita masa tidur tak tolerance. Maybe kita tidur bantal tinggi sangat ke apeke. Kira macam kita sesak nafas je sebenarnya. Sepertinya kita tak cukup oxygen. Biasalah mak pun style medic jugak mana nak percaya cerita dogeng I kena tindih.

Tapi serious talk yang, aku rasa macam hampir setiap hari aku kena tindih. Rasa macam mende yang tindih aku tu cekik dan campak aku dr atas ke bawah. Macam rasa die hempap aku sangat2 beratnya. Penindih tu pulak macam dah immune dengan segala ayat2 suci yang aku baca. No reflex at all. Kadang aku baca sampai tertidur.

Pernah aku kene tindih then aku buat taktahu. Buat macam aku cuma berhalusinasi je. Tapi mende tu tindih lagi kuat kuat kuat. Die seakan akan mintak aku tampar dan tumbok serta belasah sampai lunyai. Aku buat tak layan je. Aku cuba anggap die mind set aku yang sedang berlawan dengan diri sendiri mungkin sebab dopamine terlalu tinggi. Tapi lagi aku buat tak layan lagi dia asak aku sampai tak boleh bernafas.

Esok nya bila aku bangun aku akan rasa lenguhnya. Aku akan rasa yang aku di belasah malam semalam. Tapi xde kesan lebam lebam pun. Apesal bro? Aku before tidur isyak dulu kot. Tapi sepanjang aku kene tindih memang takpernah nampak kelibat.

Atau sebenarnya aku cuma berhalusinasi. Uisshhh dah jadi case psy hahaha. Korang yg pernah kene tindih ce bg pengalaman tu kat komen sikit. Aku akan jadi silent reader korang. Maaf salah silap. Tqsm

Bro

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply