Semasa

Lelaki keluar mahu angkat bubu ditemui mati tergantung

Perkongsian

[​IMG]
[​IMG]
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa Romy Lego, keluar dari hutan untuk dihantar ke hospital hari ini.

LUNDU 8 Dis. – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar untuk mengangkat bubu di Sungai Stum di sini petang Selasa, ditemukan mati tergantung di atas pokok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Romy Lego, 25, dijumpai tergantung di atas pokok lebih kurang enam meter dari aras tanah pada jam 11.30 pagi tadi.

Katanya, lokasi penemuan mayat adalah kira-kira dua kilometer dari Kampung Stungkor Lama, Lundu dan mayat dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan pada pukul 2 petang tadi dengan bantuan pihak polis dan penduduk kampung.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pasukan bomba bersama pasukan polis dan penduduk kampung sejak 4.20 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa.

Bapa mangsa Lego Nyigon, 48, membuat laporan polis di Balai Polis Lundu setelah usaha mencari anaknya itu dengan bantuan penduduk kampung gagal untuk menemuinya.

Lego dalam laporan polis menyatakan anaknya telah keluar dari rumahnya di Kampung Stungkor Lama, Lundu pada kira-kira pukul 5 petang Selasa lepas untuk pergi ke Sungai Stum bagi memeriksa bubu ikannya tetapi sehingga petang semalam belum pulang ke rumah. – BERNAMA/Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply