Inspirasi

Memendam perasaan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Memendam Perasaan

Salam hi.

Saya berumur 26 tahun, dah berkahwin dan sekarang pregnant anak pertama alhamdulilah. Cuma tak best nya sebab sekarang duduk berjauhan dengan suami. Sedih sikit jarang jumpa suami, dah la pregnant kan. By the way, saya duduk dengan family mertua di selatan Malaysia sebab dekat dengan tempat kerja. Suami jauh nun di utara.

Saya rasa saya ada masalah terlalu memendam perasaan sebab terlalu menjaga hati orang. Saya juga ada masalah sentiasa merasakan diri tak penting. Bukan saja saja rasa, memang dh terbukti. Kedua perkara ni saya rasa contribute to my depression. Depressed kah saya? Hmmm

Macam ni, family mertua ok. Cuma biasalah, sedangkan family sendiri pun kita ada masalah kan, apatah lagi kalau family mertua. Bab saya ni, kedua mak pak mertua okay je, cuma ada masalah sikit dengan ipar duai. Kalau nk mengadu ke husband, kadang2 saya lepas je. Kadang2 banyak pendam je, entah. Sebab rasa buruk sangat kalau cerita benda buruk. Lagipun benda yang sama je berulang jadi, penat jugak nak cerita banyak kali.

Saya juga tak cerita kt family saya kalau saya ada masalah dengan family mertua atau dengan suami sendiri. Macam saya cakap tadi, rasa teruk je kalau cerita benda buruk. So pendam aje.

Saya pun ada masalah sikit dengan family saya. Bukan apa, semenjak kahwin ni, saya memang tak berkesempatan sangat nk melawat family saya selalu. Tiga atau empat bulan sekali je. Sorang sorang kan. Nk drive sendiri jauh, husband tak bagi la apa. Nak tunggu husband, masa pun tak ada.

Bab tak jumpa tu takpe la lagi, tapi saya macam boleh rasa yang family saya tak kisah sangat pun kewujudan saya, lagi lagi sejak kahwin. Macam betul2 dah lepaskan saya. Bulan 7 haritu pun parents saya boleh lupa nak wish birthday saya. Hmm. Kecik hati sikit la sebab tiap tiap tahun saya mesti akan wish dan bagi hadiah kat diorang. Sesengkek mana pun mesti bagi. Saya cuba untuk tak ambil hati, tapi susah.

If you are wondering kalau saya ni ada kawan ke tak, sejak kahwin ni saya tak tau kenapa kawan2 saya macam tak kisah jugak pasal saya. Padahal diorang pun tau saya berjauhan dengan suami saya, tapi macam takde effort nak jumpa ke apa. Saya berbaik sangka, anggap diorang tak faham, bukan tak kisah, sebab tak kahwin lagi / alami benda ni.

Entahlah.

Mungkin saya dah penat. Cukuplah selama ni saya yang initiate semuanya. Tapi semua tak berbalas. Baik kawan, keluarga.

Mungkin saya terlalu menjaga air muka orang, terlalu fikirkan air muka sampai saya tiada tempat mengadu.
Terlalu fikirkan taknak jadi derhaka, kepada suami dan mak ayah sendiri atau mertua.
Jadinya saya diam je, pendam.
Selalu mengadu padaNya sahaja.

Cuma saya kadang kadang berfikir, kalau saya pergi anytime soon (bukan bunuh diri, saya masih waras ok), mungkin semuanya masih akan sama je. Dunia pun tetap akan berputar.

Sekian, wassalam.

Puan Z

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply