Semasa

Perompak bermotosikal samun 2 stesen minyak selang 10 minit

Perkongsian

[​IMG]
Aksi perompak bermotosikal dirakamkan menerusi kamera keselamatan di sebuah stesen minyak yang terlibat.

PETALING JAYA: Sekumpulan penjenayah bermotosikal merompak dua buah stesen minyak dalam tempoh 20 minit dan melarikan hasil rompakan bernilai ribuan ringgit.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 10 perompak itu dengan menaiki enam buah motosikal pada mulanya melakukan aktiviti jenayah mereka di sebuah stesen minyak berdekatan Bukit Jalil kira-kira pukul 6 petang Rabu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, tiga daripada perompak menggunakan parang untuk mengugut juruwang sebelum melarikan diri dengan barangan dan wang bernilai hampir RM7,000.

“Mereka turut mengambil sebuah kotak derma yang diletakkan di atas kaunter yang berisi wang kira-kira RM200,” kata beliau ketika dihubungi pada Khamis.

Kira-kira 10 minit kemudian, kumpulan yang sama tiba di sebuah lagi stesen minyak di Bandar Kinrara, Puchong.

Kali ini, mereka menyerang seorang daripada pekerja dan merosakkan stesen tersebut sebelum melakukan rompakan.

Mereka turut memaksa seorang pelanggan wanita yang mengeluarkan duit daripada mesin ATM, untuk menyerahkan duit sebanyak RM1,000 sebelum melarikan diri.

Megat berkata, polis masih berusa untuk mengesan kesemua perompak terbabit. – MStar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply