Semasa

Sorok kosmetik dalam coli: Wanita dipenjara sehari, denda RM1,000

Perkongsian

[​IMG]
ANGGOTA polis membawa tertuduh, Normala Rahman dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah mencuri dengan menyorokan produk kecantikan di dalam coli di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor. FOTO Syarafiq Abd Samad

Batu Pahat: Seorang pekerja salun kecantikan dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri dengan menyorokkan produk kecantikan di dalam colinya, 30 November lalu.

Tertuduh, Normala Rahman,24, mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah namun Majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan kertas tuduhan, tertuduh bersama dua lagi juvana dituduh secara bersama-sama mencuri di dalam bangunan produk kecantikan di Butik Blackcube Rich, Parit Raja antara jam 7 malam hingga 8 malam.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham.

Terdahulu, gambar dan video berdurasi lapan minit memaparkan tindakan pekerja salun itu menjadi viral apabila ia dimuat naik oleh pemilik butik terbabit, Ahad lalu. – Metro

[​IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply