Semasa

25 tahun harga gunting rambut tak pernah naik, masih 60 sen

Perkongsian

[​IMG]
WANG memotong rambut seorang pelanggannya yang uzur secara percuma. FOTO Agensi

Jiaozuo, China: Seorang tukang gunting rambut dianggap sebagai wira oleh penduduk di sebuah kampung di bandar ini selepas dia tidak pernah menaikkan harga perkhidmatannya selama 25 tahun.

Wang Chengjian yang memiliki sebuah kedai gunting rambut di sini hanya mengenakan bayaran berjumlah 1 yuan (RM0.60) sejak 25 tahun dahulu.

Lelaki itu bekerja dari jam 6 pagi hingga 11 malam dan sering mengunjungi pelanggannya yang sakit atau uzur untuk menggunting rambut mereka secara percuma.

Wang berkata, gurunya yang mengajarnya menggunting rambut sering berpesan supaya tidak mengenakan bayaran yang mahal terhadap pelanggan yang miskin.

“Guru saya sering berkata, tidak mengapa memperoleh pendapatan yang sikit tetapi memberi lebih kejujuran. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply