Inspirasi

Cara mak ayah didik aku – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cara Mak Ayah Didik Aku

Salam sejahtera. Straight to the point terus la ey

Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak minta maaf kalau ada orang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni. Yelah, ni cerita pasal aku so, normal lah kalau ada orang yang tak setuju. Cerita ni semuanya berkenaan aku so, memang takde cerita pasal orang lain la. Aku anak kedua, aku ada sorang abang dan dua adik perempuan. Mak abah aku, dua-dua cikgu so, naturally aku memang panas sikit bila ada orang kutuk cikgu ni. Hehe

Aku mulakan dari aku sekolah rendah. Disebabkan mak abah aku bekerja, aku sebagai anak perempuan sulung memang dah kena menolong dari kecil lagi. Umur aku 5 tahun baru aku dapat adik. So dari umur 5 tahun tulah aku dah mula tolong jaga baby. Bancuh susu, jaga adik bila mak masak dan sebagainya. Rutin aku sebelum pergi sekolah adalah sediakan bakul bekal adik aku untuk dihantar ke rumah pengasuh (mak aku dah kumpulkan satu tempat, aku tinggal masukkan dalam bakul je). Pastu hantar bekal tu dekat rumah pengasuh kiranya mak aku tinggal hantar adik aku jelah. Lupa pula, pengasuh adik aku ni makcik jiran sebelah rumah je Abang aku pula kena tolong angkat barang-barang mengajar mak abah aku masuk dalam kereta. Pagi-pagi memang kelam kabut sikit sebab tulah mak abah aku bahagikan kerja macam tu supaya pagi kitorang aman

Masa sekolah rendah aku sekolah dekat sekolah yang mak ajar, abang aku ikut abah aku. Anak lelaki kan buas sikit so, abah aku ni cikgu disiplin maka sesuai la abang aku ikut dia. Dekat sekolah takde istilah mak abah, kena panggil diorang cikgu. Duit belanja, diorang dah bagi awal-awal tu pun 50 sen je. Air, mak dah bekalkan dari rumah. Kadang-kadang jeles tengok kawan-kawan bawa duit belanja sampai RM 1, aku anak cikgu dapat 50 sen je. Sape kata jadi anak cikgu untung???? Haha

Pasal pelajaran pula, mak abah memang tegas gila. Kalah askar Nanti habis cerita ni korang faham la kenapa aku cakap macam tu. Dari darjah 1, aku dah kena brainwash supaya belajar betul-betul, UPSR kena 5A supaya dapat masuk sekolah berasrama. Setiap kali peperiksaan, kena score. Tak dapat markah paling tinggi takpe, janji dapat A. Gila tak??? Dalam kelas, kalau ada cikgu mengadu dekat mak abah pasal aku, masuk je kereta sampai rumah gamaknye memang kena ceramah. Dekat rumah sambung kena bantai pula. Mak abah punya senjata lain-lain. Abah pakai tali pinggang. Mak pakai bulu ayam yang warna-warni tu. Yang dalam dia ada besi tu. Haha ganas tak??? Cikgu dekat sekolah memang dapat green light untuk rotan kitorang adik-beradik kalau ada buat salah. Mak abah siap bagitau cikgu masa hari pertama sekolah; Kalau budak-budak ni buat salah, cikgu pukullah. Jangan sampai patah sudah.

Jadual harian aku masa sekolah rendah dulu macam duduk asrama dah. Balik sekolah pagi, pergi sekolah agama pulak. Pukul 6 petang baru boleh keluar pagar, main dengan kawan-kawan. Kena balik rumah sebelum pukul 7 terlajak sikit, abah aku dah senyum depan pintu dengan senjata dia, azab la. Sebelum Maghrib dah kena siap, sebab lepas maghrib kena pergi mengaji dekat rumah ustaz. Tak jauh pun, selang 1 rumah. Habis mengaji dalam pukul 9. Sampai rumah, makan dulu lepas tu pergi buat kerja sekolah. Kalau takde kerja sekolah, kena buat latihan. Mak abah aku memang ada belikan buku latihan untuk setiap subjek. Kalau satu buku dah habis, nanti dia beli yang baru. Setiap latihan yang kitorang buat, nanti mak abah akan tanda. Pukul 10.30, tido. Ada cerita best kat tv pun, tepat 10.30 malam kena tido. Macam tulah hari-hari.

Tiba hujung minggu pula Hehe Mesti korang ingat aku dapat lepak-lepak, tengok kartun kan? Memang tak la.. Paling lambat abah aku bagi peluang nak bangun pun pukul 8. Takde istilah cuti boleh bangun lambat. Bangun-bangun je, kena tolong mak buat sarapan atau kena kemas bahagian luar rumah. Lepas sarapan, kena buat ulangkaji. Aku ingat lagi masa abang aku nak ambil UPSR. Boleh pula, dia main-main tak mo buat ulangkaji. Ha apa lagi. Abah aku tanggalkan baju dia, pakai seluar pendek je, kena jemur dekat laman sambil buat latihan. Aku boleh tolong pandang je Abah aku punya style mengajar pula lain sikit. Dia cikgu Bahasa Inggeris (BI) so, dia punya cara mengajar kitorang BI macam ajar mengaji. Kena bawa buku depan dia, sambil jawab soalan kena baca kuat-kuat. Dia nak pastikan kitorang bukan setakat pandai jawab soalan tapi pandai sebutan sekali. Macam biasa, tali pinggan memang dekat sebelah dia. Dalam pukul 11.30 pagi macam tu aku dah boleh berhenti mengadap buku tp, kena tolong mak masak. Abah memang pantang kalau mak dekat dapur, anak-anak duduk depan tv. Memang kena ligan kalau buat perangai macam tu. Abah kata, walaupun mak tak suruh buat kerja, duduk tengok mak buat kerja, jangan buat mak macam orang gaji.

Abah memang hormat sangat title mak ni. Kalau mak abah panggil aku serentak, abah suruh aku buat apa yang mak suruh dulu. Abah sendiri kalau nenek aku call bagitau lembu hilang ke, paip bocor ke, peti sejuk rosak ke laju je dia pergi rumah nenek. Tinggal semua benda yang dia tengah buat. Kalau hal yang berkaitan dengan nenek, memang takde apa yang dapat halang dia. Mak dia nombor satu. So, kitorang adik beradik pun dah terikut cara dia. Walaupun sekarang ni aku dah kerja kalau mak call, tinggal la kerja aku. Bos nak marah, marah lah. Mak aku lagi penting dari kerja aku. Bukan tak pernah kena perli dengan bos, tapi aku buat tak paham je hehehe

Patah balik, jauh pulak aku pergi. Kan dekat atas tadi aku ada bagitau yang mak abah aku dari kecil dah suruh masuk asrama kan? Alhamdulillah, adik beradik aku semua masuk asrama. Abang aku MRSM, aku dan adik-adik aku semua masuk asrama penuh. Mak abah siap ugut masa sekolah rendah dulu. Kalau kitorang sekolah harian, walaupun diorang nampak kitorang tengah tunggu bas tepi jalan, memang diorang buat tak kenal je. Masa tu kan pergi balik sekolah dengan mak abah (naik kereta), bila kena ugut macam tu, takut kot. Memang tekad belajar betul-betul, score UPSR, pastu masuk asrama. Korang jangan salah faham pulak. Mak abah aku bukan pandang hina sekolah harian, cuma diorang fikir masa depan. Diorang dua-dua kerja. Bila kitorang masuk sekolah menengah, mak abah aku memang takkan dapat pantau kitorang sepenuhnya. Jadi, bila kitorang masuk asrama, kitorang masih dipantau sepenuhnya oleh warden kat asrama. Kalau korang perasanla, jadual rutin harian aku mase sekolah rendah dulu dah macam jadual rutin asrama kan??

Tapi, jangan ingat dekat asrama aku lepas dari mak abah. Hari pertama daftar, mak abah dah turunkan mandat dekat warden dan cikgu aku. Kalau aku ada buat salah, TOLONG pukul. Nampak tak perkataan tolong tu huruf besar? Haha Kalau masuk asrama, bulan pertama adalah bulan suai kenal. Paham-paham jelah suai kenal kat asrama ni macam mana. Hari-hari aku nangis kot. Setiap malam call rumah merayu kat mak abah aku nak berenti duduk asrama. Kau tau mak abah aku jawab apa? Sabar lah, bukan mati pun senior buat macam tu, pernah dengar orang mati kena marah dengan senior? Janji senior kau tak sentuh kau. Duduk je dekat asrama tu. Ha hebat tak cara mak abah aku pujuk aku. Sadis

Outing adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak asrama. Asrama aku ni pulak jadual outing dia macam ni; hari Sabtu dan Ahad memang boleh outing tapi hari Ahad hanya outing dengan penjaga je. Memang TAK la aku dapat outing dengan kawan-kawan. Abah aku awal-awal dah warning jangan outing sendiri. Nak outing, tunggu mak abah datang. Huhu Mak abah aku bukan boleh datang setiap minggu pun. Yelah, abang aku pun duduk asrama gak. Mak ayah aku memang kena plan la nak jumpa anak yang mana, nak jumpa bila. Diorang pun kerja, kadang-kadang Sabtu / Ahad ada kelas tambahan dekat sekolah lagi. Nasib aku la kalau mak abah datang bawa outing. Asrama aku ni balik bermalam sebulan sekali je. Tak pernah la mak abah suruh aku stay dekat asrama. tapi biasanya aku akan jadi antara orang yang terakhir tinggalkan asrama sebab, ayah aku tak kasi balik naik bas takut aku merewang tempat lain. Bila balik rumah, rutin aku macam aku sekolah rendah dulu tapi bertambah la sebab takde nye abah aku nak paksa aku ulangkaji kat rumah tapi tambah, kena kemas satu rumah pula. Hehe Macam tulah life aku 5 tahun dekat asrama.

Bila aku sambung Diploma, aku dah mula uruskan semua benda sendiri. Mak abah aku dah takde nak buat aku macam askar lagi. Dah tak berhantar, berjemput lagi sebab aku belajar kat Utara nun, aku ni orang Melaka. Dah jauh Aku sambung Degree pun dekat Selangor. Urusan kolej, rumah sewa semua aku urus sendiri. Tapi disebabkan aku dah biasa hidup macam askar, sampai aku dah kerja, rutin aku hampir sama macam dulu tapi mestilah dah berubah sikit.

Mak abah aku ni kira berkemampuan juga la. Tapi diorang tak ajar anak-anak hidup senang, diorang tak pernah mewahkan kitorang. Ayah aku tak pasang ASTRO dekat rumah, radio pun radio kaset yang kecil tu, CD player memang takde. Aku ada handphone pun bila dah nak masuk diploma. Itupun abah aku bagi dia punya Nokia 3310. Abah aku pergi beli handphone baru. Haha Bila aku minta handphone baru, abah suruh aku kumpul duit, beli sendiri. Aku ambil lesen bila dah habis degree. Tu pun pakai duit sendiri. Abah tak kasi ambil lesen awal sebab tak nak aku pandai-pandai sewa kereta. Dia kata; orang belajar pandai-pandai sebab nak dapat kerja baik, dapat gaji baik, lepas tu boleh beli kereta. Kalau abah dah bagi kau kereta, nanti kau takde motivasi nak usaha. Benda senang dapat, kau tak pandai hargai.

Tipulah aku tak pernah rasa macam kena dera tapi aku sedar, mak abah tegas, tegas mendidik. Mak abah pukul, pukul mengajar. Mak abah garang, garang bertempat. Mak pernah cakap yang mak abah penat jaga anak sebab mak abah nak yang terbaik. Mak abah kurang masa untuk diri sendiri sebab masa habis dekat anak-anak. Berkat didikan mak abah, aku tau hargai masa. Bukan setakat masa aku je, masa orang lain pun aku tau nak hargai. Aku tak takut hidup susah sebab mak abah tak pernah ajar aku hidup mewah. Aku tak pandai meminta-minta sebab mak abah ajar aku berusaha. Aku utamakan Syurga (Mak) aku sebab abah aku tunjuk contoh yang terbaik. Aku pandai buat kerja rumah sebab abah tak ajar aku buat mak macam orang gaji.

Aku tak kata aku sempurna tapi aku dapat didikan terbaik. Terima kasih mak abah

DEEN

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply