Semasa

Jutawan miliki 4 isteri didakwa perdagang 8 warga Indonesia

Perkongsian

[​IMG]
BAHARUDDIN menutup mukanya sewaktu dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Seorang jutawan bergelar Datuk yang mempunyai empat orang isteri tidak mampu menahan kesedihan apabila menangis teresak-esak sewaktu didakwa atas lapan pertuduhan memperdagangkan lapan individu warga Indonesia untuk dijadikan pekerja restoran di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Bagaimanapun, tertuduh Datuk Baharuddin Hamzah, 41, yang mempunyai 13 orang anak mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, tertuduh yang berasal dari Melaka didakwa memperdagangkan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun bagi maksud eksploitasi kerja paksa.

Mereka ialah Surya Bakti, Ibnuzar, Muhammad Murdiwardana Silalahi, Muhammad Syafrizal, Andriansyah Putra, Mohamad Fauzan, Husni Mubaraq dan wanita itu, Vina Widana.

Baharuddin merupakan ahli perniagaan yang memiliki kira-kira 10 buah syarikat antaranya berkaitan minyak dan gas serta restoran.

Kesalahan itu dilakukan di Pusat Perniagaan Puchong (Puchong Gateway), No. 73-1, Jalan Suria Puchong 2, Puchong pada pukul 11.40 pagi, 29 November lalu.

Kesemua pertuduhan itu didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh denda, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang dibawa masuk ke kamar mahkamah oleh beberapa pegawai imigresen kelihatan tenang, namun dilihat mula beremosi dan menitiskan air mata apabila dia dipeluk beberapa ahli keluarganya.

Pihak pendakwaan tidak mencadangkan ikat jamin kerana mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan Baharuddin melibatkan ramai mangsa, namun peguam, Shaari Nor yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan atas alasan anak guamnya menghidap penyakit jantung dan menanggung empat isteri.

Hakim Mohamad Kamil Nizam walau bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu Baharuddin perlu melaporkan diri di balai polis sekali sebulan dan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah. – Kosmo

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply