Semasa

Kucing mati kepala tersepit penutup mangkuk tandas

Perkongsian

[Image: 3B23CF4A00000578-4012608-image-a-6_1481185356304.jpg]
Keadaan rumah yang penuh dengan sampah dan najis.

[Image: 3B23CE9600000578-4012608-image-m-7_1481185387400.jpg]
Keadaan kucing yang ditemui.

WEST MIDLAND – ENGLAND. Seekor anak kucing ditemui mati kehausan dengan kepalanya tersepit di dalam mangkuk tandas dipercayai cuba untuk minum.

Haiwan itu ditinggalkan bersama seekor lagi kucing yang juga mati kebuluran di rumah yang penuh dengan sampah dan najis.

Kedua-dua kucing berkenaan ditinggalkan di rumah di Stourbridge, West Mislands.

Bangkai haiwan berkenaan ditemui oleh orang awam yang mengintai melalui tingkap kediaman itu .

Selepas menerima laporan, polis dan inspektor Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animal (RSPCA) pergi ke rumah berkenaan dan menamui bangkai kucing yang dipercayai telah ditinggalkan tanpa makanan selama beberapa minggu.

“Selama 34 tahun saya berkhidmat sebagai inspektor RSPA, kejadian berkenaan masih menghantui diri saya.

“Kucing berkenaan dalam keadaan kurus dan cuba untuk minum air dalam tandas ketika dia mati,” kata inspektor RSPCA, Paul Seddon.

Sementara itu, pemilik kucing berkenaan, Karen Whittingham dihukum kerana menyebabkan penderitaan kepada haiwan itu dan gagal memberi makan dan memastikan kucing ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply