Semasa

Pemilik Mercedes baring bawah kereta cuba halang penguatkuasa tunda

Perkongsian

[​IMG]
[​IMG]
Kredit: gambar diambil dari portal Sin Chew Daily

SEBERANG PERAI: Seorang lelaki berbaring di bawah keretanya bagi menghalang penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menunda kenderaannya yang diletakkan di tempat letak motosikal.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kejadian itu berlaku di Jalan Danby, Bukit Mertajam, semalam.

Lelaki terbabit didakwa adalah pemilik kedai nasi kandar berhampiran yang sering meletakkan keretanya di tempat letak motosikal dan enggan mendengar nasihat penguat kuasa mengalihkan keretanya.

Seorang peniaga berdekatan yang dipetik akhbar itu berkata, penguat kuasa mengunci tayar kereta itu pada jam 10 pagi, namun disebabkan pemilik tidak menghubungi MPSP, mereka bertindak mengunci sebiji lagi tayar kereta itu 2 jam kemudian.

Beliau mendakwa, pemilik kereta yang tidak berpuas hati segera meminta penguat kuasa MPSP membuka kunci tayar itu, namun mereka bertegas beliau perlu membayar kompaun sekurang-kurangnya RM50 terlebih dahulu.

“Disebabkan pemilik kereta enggan membayar kompaun itu, penguat kuasa terpaksa menghubungi trak penunda ke tempat kejadian, tetapi lelaki terbabit bertindak berbaring di bawah keretanya.”

Malah, katanya, lelaki itu turut mendakwa beliau mempunyai latar belakang politik dan menjerit beliau tidak perlu membayar tiket letak kereta atau denda.

Pemilik kereta yang ingkar itu akhirnya ditahan selepas penguat kuasa MPSP menghubungi polis.

Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Heng yang dihubungi Sin Chew Daily mengesahkan penguat kuasa MPSP berdepan kesulitan ketika mereka mengambil tindakan terhadap seorang pemilik kereta yang ingkar semalam. – FMT

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply