Semasa

Penduduk campak pencuri dalam lubang najis di China

Perkongsian

[​IMG]
SEORANG lelaki berada dalam lubang najis selepas ditangkap kerana mencuri anjing. – Huanqiu.com

[​IMG]

Guilin (China): Tindakan seorang lelaki yang mencuri seekor anjing di sebuah kampung di sini membawa padah apabila dia ditangkap sebelum dicampak ke dalam lubang najis.

Media tempatan melaporkan, penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan yang cuba mencuri anjing milik seorang penduduk baru-baru ini.

Penduduk tidak memukul lelaki itu sebaliknya memutuskan untuk mencampak suspek ke dalam lubang najis sebagai hukuman terhadapnya.

Lebih malang lagi, lelaki itu dipaksa berdiri di dalam lubang najis berkenaan selama beberapa minit.

Lelaki itu dilaporkan merayu supaya dikeluarkan dari lubang najis berkenaan tetapi tidak dihiraukan.

Dia hanya dikeluarkan dari lubang najis berkenaan selepas polis tiba untuk menahannya.

Gambar lelaki itu yang berdiri dalam lubang najis menjadi tular (viral) di media sosial di China dan menerima pelbagai reaksi dari pengguna Internet.

Ini bukan kali pertama pencuri anjing dihukum penduduk di wilayah Guangxi Zhuang yang mempunyai tradisi memakan daging haiwan itu.

Pada tahun ini, dua lelaki yang ditangkap kerana mencuri anjing dipukul penduduk kampung sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut. – Agensi/Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply