Inspirasi

Puteri kedua, anak syurgaku – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Puteri Kedua, Anak Syurgaku

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih sebab sudi siarkan cerita ini. Saya bukan pengarang yang baik, hanya ingin berkongsi cerita. Kisah puteri kedua saya.

Anak pertama saya lahir, pada tahun 2005. Lepas itu, memang buat perancangan taknak ada anak lagi dalam masa berdekat. Tapi, saya tak gunakan pil perancang, saya dan suami, guna cara semulajadi. Orang dah kawin, mungkin faham.

Masuk tahun 2008, saya dah sedia nak tambah anak lagi. Anak sulung pun, dah nak mula pra sekolah. Jadi pada saya, dah sampai masa untuk ada beranak kecil balik.

Rezeki Allah, tahun 2009 lahir puteri kedua saya dengan berat 1.5kg pada usia kandungan 34 minggu.

Saya memang dah tahu, akan dapat pre mature baby sebab masa bulan kedua dalam proses kehamilan, doktor detect saya ada fibroid. So, sepanjang proses kehamilan, baby saya breech dalam erti kata lain, dia baby songsang. Dia share rahim dengan fibroid saya, so dia tak dapat moving macam kehamilan normal.

Baby stay dalam incubator di NICU, 16 hari. 10 hari di Hospital Sg Buloh. 6 hari di Hospital Slim River.

Pastu bila berat baby dah 1.6kg, baby boleh stay dengan ibu. Bila berat dah 1.8kg, baru boleh discharge. Total duduk hospital, 27 hari.

Sekarang, anak saya dah 7 tahun. Tahun depan, dah darjah 2. Dia memang nampak normal di luar, tapi suffer a lots, inside.

Dia masih tak dapat membaca at this age. Even A to Z pun, she failed nak ingat semua. Nombor pun, dia tahu 1 till 20. Tu pun kadang-kadang berterabur.

She still refer to paediatrician, sebab masalah berat badan. Then they finalized, dia ada thalassemia. Atas reasons tu, dia kecik je orangnya.

Dari kecil, dia kerap demam. Satu hari telinga dia keluar darah dan berbau yang memang busuk. Doctor refer dia ke ENT. Gegendang telinga dia sebelah kanan koyak, sebelah kiri penuh air. Dia ada tonsil juga.

So masa age dia 5 tahun, she had her 1st surgery. Removed tonsil and adenoid. Kesian sangat bila tengok dia lepas operation. She suffer a lots.

Pasal pelajaran dia, saya minta doctor paed dia refer untuk IQ test. Results dia, shes normal. But test tu bukan paed department yang buat. Psychiatrist yang buat.

Lepas results dah keluar. Saya pikir, mungkin belum masa untuk dia catch up pelajaran. Sebab otak manusia ni, tak sama. Cuma positif kan diri.

Tapi bila saya bawa results dia jumpa doctor paed, dia cakap anak saya slow learner. And also suffer psychology problems. Dia terlalu down. Hilang keyakinan diri.

Bila doctor nak keluarkan surat untuk mohon kad OKU untuk melayakkan anak saya ke sekolah khas. Saya rasa macam, tak boleh nak terima. Saya mohon doctor holdkan dulu surat tu.

Sebab nye, baru ni anak saya buat operation untuk telinga dia yang bermasalah tu. Saya harap sangat lepas operation ni, pendengaran dia get better and normal. Walaupun, saya taknak dia sakit dibedah. Tapi ni harapan saya, nak tengok dia normal.

Saya tahu, saya macam kejam. Saya letak dia kat sekolah biasa. So dia nampak perbezaan ketara dia dengan kawan-kawan. Tu punca dia down. Sekarang saya kena bawa dia jumpa psychologist.

Believe or not, dia pernah try to kill herself. Dia cepat marah tapi cepat terasa. Tapi dia cepat cool down. Dia sakit, tapi tak pernah mengadu. Alasan, taknak saya risau.

Operation masukkan tiub dalam telinga tu, bukan untuk dia dengar dengan normal. Just untuk keringkan air dan seimbangkan tekanan luar dan dalam telinga. Speech therapist pun dah bagitau, anak saya hanya ada short term memory.

So, sekarang saya masih cuba belajar dan terima hakikat yang dia istimewa. Bukan kekurangan. She needs special school.

Ibu Kaisara

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply