Semasa

Rakaman lelaki langgar biawak berulang kali jadi viral

Perkongsian

[​IMG]
Sedutan video yang viral di laman sosial

KUALA LUMPUR – Rakaman seorang lelaki yang menunggang motosikal dan melanggar seekor biawak yang didakwa ‘mencuri’ ikan berulang kali dikecam warga netizen.

Video berdurasi 1 minit 32 saat berkenaan juga disertai dengan suara seorang lelaki yang mentertawakan biawak berkenaan apabila ‘dilanyak’ motosikal.

“Ha ambik kau ha makan ikan lagi ha,” kata lelaki tersebut.

Biawak berkenaan yang masih hidup ketika kejadian akhirnya tidak bergerak, dipercayai mati.

Lokasi dan waktu rakaman kejadian tersebut yang viral di laman Facebook bagaimanapun gagal dikenal pasti.

Sementara itu, majoriti pelayar yang menyaksikan video tersebut mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkan individu terlibat sebagai sadis.

“Kenapalah zalim sangat jadi manusia,” kata Qaseh.

“Astaghfirullahalazim. Lebih kejam dari binatang,” kata Anggun, namanya seperti satu watak dalam drama Mr Donat Karamel.

Video berkenaan telah ditonton lebih 18,000 pelayar di Facebook. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply