Semasa

Ringgit susut, pakej umrah mungkin lebih mahal

Perkongsian

[​IMG]
Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia, Harith Mohd Ali bercakap pada sidang media di Platinum Walk, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 DISEMBER 2016.

KUALA LUMPUR – Ekoran kejatuhan nilai matawang ringgit yang semakin teruk terdapat kemungkinan harga pakej umrah terpaksa dinaikkan.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harith Ali berkata, pengusaha pakej umrah ketika ini terpaksa menanggung peningkatan kos yang ketara akibat tukaran wang asing.

Justeru katanya, cadangan sudah dihantar kepada Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dan Kementerian Pelancongan.

“Saya tidak tahu sampai bila pengusaha pakej umrah ini boleh bertahan, ia bergantung kepada kekuatan syarikat masing-masing tetapi apa yang pasti, kejatuhan ringgit memang memberi kesan yang sangat besar buat pengusaha-pengusaha ini.

“Ini merupakan kali pertama kami merasakan perbezaan tukaran wang dan riyal yang sangat besar iaitu kira-kira RM1.25 bagi setiap satu riyal,” katanya semasa taklimat media berhubung perkembangan terkini Bumitra di sini hari ini.

Tambah Harith, ketika ini harga lantai bagi pakej umrah adalah RM4,990 seorang yang ditetapkan ketika nilai ringgit lebih baik berbanding riyal.

Disebabkan itu juga, Harith menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pakej umrah yang terlalu murah kerana ia berkemungkinan adalah penipuan.

“Sedangkan pada harga RM4,990 pun sukar untuk pengusaha menjalankan perniagaan, apatah lagi jika pakej umrah dijual pada harga yang lebih rendah?

“Kami juga difahamkan terdapat ejen-ejen yang menipu dengan mengatakan sebahagian kos pakej tersebut ditaja oleh pihak-pihak tertentu dan disebabkan itu mereka mampu menawarkan harga yang murah.

“Untuk makluman orang ramai, bagi penajaan umrah, mereka memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan terlebih dahulu. Ini bukan boleh dilakukan sesuka hati sahaja,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai kekeliruan berhubung bayaran visa umrah sebanyak SR2,000 kepada jemaah yang pernah menunaikan umrah, Harith berkata, mereka tidak pernah menerima dokumen hitam putih mengenai pengecualian pembayaran visa tersebut.

Bagaimanapun, sejak 5 Disember lalu terdapat perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap caj visa bagi jemaah yang pernah menunaikan umrah untuk melakukan ibadat tersebut sekali lagi.

Sejak tiga tahun lalu, setiap jemaah yang mahu menunaikan umrah buat kali kedua dan seterusnya perlu membayar caj tambahan untuk permohonan visa namun peraturan baharu yang berkuatkuasa sejak 5 Disember lalu menyaksikan hanya jemaah yang mahu menunaikan umrah buat kali kedua dan seterusnya dalam tahun yang sama sahaja perlu membayar caj tambahan.

“Sebagai pengusaha pakej umrah, kami mempunyai sistem komputer yang telah disediakan oleh kerajaan Arab Saudi jadi segala maklumat mengenai peraturan pembayaran akan diketahui secara automatik apabila kami memasukkan butiran-butiran yang diperlukan.

“Jadi, apabila timbul kekeliruan fakta dengan ada yang mengatakan caj tambahan tersebut telah dikecualikan, kami tidak mampu menunjukkan bukti bersurat kerana tidak ada hitam putih daripada kerajaan Arab Saudi namun apabila butiran-butiran yang dimasukkan ke dalam sistem tersebut, ia menunjukkan hanya jemaah yang mahu menunaikan umrah sebanyak dua kali atau lebih dalam tahun yang sama sahaja akan dikenakan bayaran.

“Jika pelanggan mahu, kami boleh mencetak butiran mengenai pembayaran tersebut sebagai bukti,” katanya lagi. – MG

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply