Inspirasi

1st day kerja jangan kepoh sangat – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

1st Day Kerja Jangan Kepoh Sangat

Hi thanks admin kalau sudi approve. aku straight to the point je lah eh.

aku dh resign dari bulan lepas and sekarang tengah tender. pengganti aku pun dah ada and aku kena bagi training kat budak ni. panggil dia S je lah eh. budak S ni aku tahu lah kan dia first day mestilah dia banyak nak tanya itu ini kan. tapi adalah soalan2 dia tu buat aku rasa macam eh kepohnya kau ni.

bila hr kenalkan kat aku dengan budak S ni aku macam oh oklah kan then start lah kenal kenal gitchuuuuwww. dia cerita dia pernah kerja dulu and menganggur almost a year. dia tanya aku kenapa aku nak berhenti. aku cakap saje (and aku memang tengah cari kerja sebenarnya sebab ada lah sebabnya kenapa aku tak nak stay dekat tempat kerja aku ni). then dia boleh cakap dengan aku macam ni, sekarang susah tau nak cari kerja. aku macam, so? aku tahu memang susah pun then kau nak suruh aku buat apa? ambil balik surat resign aku? (dalam hati je lah huhu) aku pun senyum fake sambil berkata ha ah tahu memang susah pun.

then soalan yang paling tak blah nya dia boleh tanya aku macam ni, kat sini ada yang busuk hati tak? like seriously? on your first day of work? kau sebelum ni pun kerja tanya macam tu jugak ke? hahahaha aku serius tak faham kenapa nak tanya macam tu. then kau expect aku jawab nama2 orang busuk hati tu ke macam mana? kalau semua busuk hati kau nak kerja ke? lol kalau budak fresh grad tanya soalan macam tu boleh consider lagilah. ni soalan macam tak pernah kerja je? pelik pelik je perangai.

next day, aku terdatang lambat dalam setengah jam lah gitu sebab ada masalah sket. before2 ni tak pun. dia punya peramah tu boleh plak tanya macam ni memang selalu datang lambat ke? eh soalan kau ni geramnya macam nak tampar je haha. then dia tanya lah lagi soalan2 yang aku rasa malas nak jawab. kat sini kalau takde kerja buat2 ada kerja eh? kat sini takde latihan kebakaran eh kerja ni memang tak banyak kerja eh blablabla aduh malas doh nak layan kau. dah lah lagi seminggu nak hadap kau.

and orang meja sebelah aku pun kena jugak dengan budak S ni. dengan tetiba datang dekat2 tengok pc orang tanya kenapa2 like seriously jangan lah tunjuk sangat perangai kepoh kau tu boleh? kau baru kerja kot?

aku faham maybe kau nak bergaul ke bajet peramah ke tapi janganlah over sangat. aku bukan apa, takut orang menyampah je dengan perangai kau ni, ok?

tak kepoh

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply