Inspirasi

Balasan cara halus – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Balasan Cara Halus

Salam. Thank you admin kalau confession aku ni disiarkan. Okay straight to the point aku nak cerita kisah benar yg jadi dekat kaum kerabat aku. Kena buatan orang. Mana yang baik jadi teladan, mana yang buruk jadi sempadan.

Cerita dia macam ni. Makcik aku yg pertama aku bg nama A. Makcik A ni ada anak angkat perempuan sorang memang jaga dari kecik. So anak angkat ni pun membesar dengan begitu menawan sekali. Orang kata hot stuff la. Aku namakan kak Melati. Kak Melati ni jarak umur dgn aku lebih 10 tahun. Aku 20 an btw.

So masa aku kecik tiap kali balik kampung, memang dia la paling famous. Dipuja disanjung tinggi oleh saudara2 sepupu sepapat lain sbb?

Dia hot stuff. Banyak duit blh bg kat makcik2. Padahal dia tak kerja pun. Duit dia dapat hasil daripada datuk2 yang taja dia. Byk bersosial hidup bertukar2 pasangan. Dan lagi satu mulut dia kalau sound jantan boleh tahan celupar jugak la.

Dipendekkan cerita, time aku sekolah menengah dia sakit. Sakit yg mcm gila psiko tu. Cakap sorang, gelak sorang. Kadang kalau aku datang rumah dia, aku layan je percakapan dia walaupun dia melalut je lebih. Kdg2 dia mengamuk tanpa sebab. Pernah jugak berubat tapi ntahla. Aku risau jugak tiba2 dia dapat wahyu dari langit suruh buat yg bukan2? Nauzubillah. Dan sedara mara yg duk puja2 dia selama ni hilang entah ke mana. Tiada lagi nama kak Melati disebut2 maybe sbb kak Melati aku ni bukan lubuk duit dah. Biasa la time kita senang semua dtg dekat, time susah pandai2 la kau tanggung sorang.

Tahun berganti tahun, sampaila tahun 2016 ni. Keadaan dia makin teruk. Kalau dlu still mandi, sekarang rambut dah mcm sarang tebuan, taknak mandi. Campak pad luar tingkap. Sampai polis datang rumah kot nak tangkap dia suruh potong rambut sebab kalau suruh cara lembut dia memberontak. Takkan nk biar dia sampai ke sudah mereput dalam bilik kan? So lepas dah potong rambut semua buat treatment kat hospital, Makcik A ni bawak la ke kampung untuk berubat cara traditional pulak.

Aku tak tahu la rituals mengubat tu mcm mana. Tapi yg pasti yg tukang mengubat tu perempuan. Orang tu ckp mmg dia sah kena buatan org sbb org sakit hati dgn dia. Mungkin sebab dia pernah tolak cinta seseorang dlu dan mulut dia pun agak cabul. Ada jin yang dah lama bersarang dalam badan kak Melati.

Lepas dah habis berubat tu, yang tukang mengubat tu katanya dah kurung jin tu dlm botol. So dia suruh la makcik aku buangkan kat sungai dekat sebuah negeri ni. (sungai kampung sendiri je taknak sebut negeri mana).

Ok climax cerita ni, yg teman kak Melati berubat ni 4 orang. Makcik A, Makcik B (dorang ni adik beradik), anak perempuan makcik B dgn menantu laki makcik B. So tukang bawak kereta ialah menantu laki makcik B.

Makcik B ni dia jenis ada ilmu sikit. Boleh nampak benda halus semua. So time kereta otw nak naik jambatan untuk buang botol tu ke sungai, tak semena2 byk gila kenderaan dari belakang hon2 byk kali. Dorang yg dlm kereta ni pelik la kan. Ada benda tak kena ke. Motor yang lalu pun terhuyung hayang bawak bila nampak kereta dorang.

Rupanya ada benda atas bumbung kereta dorang. Benda tu mcm tahu dorang nak buang dia kt sungai. Sambil slowkan kereta, bukak tingkap sikit je, berjaya jugak la Makcik B aku buang botol tu dalam sungai. Makcik B aku pesan kat semua yg ada dlm kereta tu jgn pandang benda tu. Makcik B aku pun pandang guna ekor mata je. Makcik B aku ckp benda tu jin ifrit. Seram nak mamps weh buatnya jin tu tolak kereta tu terbabas masuk dlm sungai tak ke naya?

Sekarang , kak melati aku tu makin ok. Tapi takde la 100% sembuh. Sebab biasanya org yg pernah kena buatan orang ni jasad dalaman dia berlubang. Benda tu mudah dtg balik. Makcik aku ajar la dia solat apa semua slow2. Yg tukang ubat dia pun bg dia ayat pemanis sbab umur kak Melati pun dah 30an tak kahwin2 lagi sebab penyakit dia tu sapa yg nak? *nak dapat jodoh mungkin aku tak tahu la syirik ke tak*

tapi satu benda aku tabik kat makcik A aku, dia tak pernah buang kak Melati walaupun kak Melati sakit. Padahal tu bukan anak kandung dia pun. Tahu2 jela nak bela orang sakit misteri ni kena banyak sabar, mental kena kuat.

Itu jela cerita aku. Pengajarannya selalulah dekatkan diri dgn Allah, mintak Allah lindung kita dari gangguan setan jin, org yg hati busuk. Mulut tu kena jaga, jgn sakit kan hati orang jgn mainkan perasaan org. Orang tak dapat kita cara baik, cara halus dia buat. Aku doakan kita semua dilindungi dari keburukan di dunia dan akhirat. Amin.

Yang benar,
Petunia

Petunia

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply