Inspirasi

Bercakap dengan jin – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Bercakap Dengan Jin

Assalamualaikum buat admin dan korang yang sudi baca kisah aku ni.
Pertama sekali, siapa kat sini peminat novel siri bercakap dengan jin (SBDJ) karya unggul dari kisah benar yang ditulis oleh Tamar Jalis? . Aku bertanya kerana kisah aku berkisar tentang SBDJ & Tamar Jalis..

Kisahnya macam ni, aku kenal dan mula membaca novel ni masa umur aku belasan tahun dulu. Masa tu bacapon jilidnya tak lengkap, ada 2-3 jilid sahaja dan yang paling best novel seram yang aku baca tu bukan dibeli tapi aku kutip dekat rumah tinggal yang penuh dengan buku!
Maklumlah budak-budak lagi time tu, berani ler aku masuk! Kalo sekarang aci bayar 100 pon belum tentu aku sanggup!

Abg ipar aku berkhidmat dgn jabatan yg menyediakan kuarters pada pekerjanya dan rumah yg diperolehinya berada di tingkat 2, manakala rumah tinggal tu berada di tingkat bawah (rumah tinggal tu milik pekerja jabatan tersebut jg yg meninggalkan rumah tersebut tanpa mengambil barang-barang milik mereka) dan semakin dimakan usia,barang-barang dalam rumah tu semakin usang dan berhabuk, tapi aku yakin pemilik rumah tu dulu seorang yang gemar membaca kerana dalam rumah tu kita boleh jumpa pelbagai bahan bacaan.

Suatu hari kakak aku ajak kitorang turun cari buku kat bawah rumah tu memandangkan aku dah habis 1 jilid SBDJ, aku dan adik bongsu pon ikutlah cari..masuk ikut pintu dapur yang terkopek pecah,barang dan buku-buku berselerak,suasana kelam dan menyeramkan! Ah, aku peduli apa,geladah punya geladah jumpa lagi novel SBDJ lepas tu bawak naik atas dan sambung baca.
Baca dengan perasaan takut dan ingin tahu,maklumlah SBDJ time tu ada pakej lakaran yang menyeramkan sebagai kulit depan dan di beberapa halaman.
Bagaimanapon ekoran hanya baca beberapa jilid saja,jadi kisah yang aku baca jadi tergantung dan dek kerana sudah kurang publisher mengeluarkan novel-novel SBDJ ni jadi aku tak pernah dapat baca novel ni dalam jilid yg penuh hinggalah pada tahun ni,2016 setelah berbelas tahun mencariadik bongsu aku yang sama-sama ikut geladah rumah tinggal tu beli 5 jilid SBDJ dan siap bagi aku link blog yang menyediakan jilid penuh SBDJ, akupon apa lagi pulunlah dok baca..lepas satu jilid ke satu jilid yang lain, kisah makin seram dan mencabar! Aku dah rasa macam Tamar Jalis tu adalah aku! Punyalah menghayati ceritadah tu siap download drama SBDJ kat Astro yang Datuk Rahim Razali berlakon tu dan masa tu aku dah start mimpi aneh!

Mimpi anehpon aku tak peduli,kerja night shift pukul 2-3 pagi pon aku layan sambung baca jilid yang masih belom aku teroka pengembaraan si Tamardan lastly,jeng jeng jeng sampailah Tamar dan datuknya ke tempat tinggal aku sekarang, tempatnya,nama kampungnya sebijik macam yang dia tulis di tahun 60-70-an tu bahkan kampung tu sehingga sekarang masih terkenal dengan mistiknya! Start dari tu,aku mula teringat-ingat, al-maklumlah tempat yang dicerita semua kita tau! Aduhparahtapi hanya ada berapa jilid lagi nak habis!
Aku pulun baca jugaklah sampailah Tamar dan Datuk ke Tanah Seberang bertemu si Andi Kamarool dan Mia Si Gadis Harimau,sehingga ingin kembali semula ke Malaya2,3 hari baca part tu dan malam tu aku tidur hampir jam sebelas, adik,anak buah dan kakak aku masih menyembang di ruang tamu.

Tengah syok aku tidur, aku dengar suara kakak aku kejut aku (cara kejut kebiasaannya bila aku mengigau!), akupon dongak kepala tengok ke muka pintu bilik, dalam mamai aku tengok ada orang berdiri menunduk pegang lutut tengok aku, lepas tu aku tengok keadaan gelap gelita, yang aku nampak siling bilik aku sedikit terang sambil orang yang berdiri tu makin tinggi dan kepalanya mengembang macam kepala Predator (cite mat salleh tu)..
Ayat kursi ke hape aku dah tak ingat,yang aku tahu time tu menjerit! Aku pon jeritlah sambil menangis sambil bingkas duduk kat tempat tidur aku tu. Lepas tu aku dengar diorang bertiga kalut datang serbu bilik aku sambil bukak lampu bilik.
Kenapa! Ko kenapa!! Masing-masing dok terjah aku dengan pertanyaan yang aku sendiri tak leh nak jawab! Aku tengok muka diorang sambil garu kepala,aku blur! Aku tengok kakak aku, dia start membebelitulah tidur tak basuh kaki,tak baca doa,tak baca ayatul kursi!!
Malam tu aku takut nak pejam mata balik, aku berjaga kat bilik aku dalam lampu yang menyala cerah,ikut hati nak je aku pergi menyelit tidur dekat adik aku,kakak aku,anak buah aku ke..

Esoknya aku bangun pagi, diorang yang masih bertanda tanya tentang apa yang aku mengigaukan sempat gelakkan aku, akupon ceritalah yang aku tak mengigau tapi aku dengar kakak aku kejut aku sampailah part jadi kepala Predator tu! Akupon cakaplah ke sebab aku terlalu pulun dok baca SBDJ tu sampai jadi macam tu?
Adik bongsu aku cakap dia dah pulun baca habis xdak kena apapun..akupon garu kepala ajelah, bingung!

2-3 hari lepas tu anak buah aku tu pon pergi bocorkan kisah tu kat mak aku dan mak dia, lepas tu kakak aku aka mak anak buah aku tupon cakaplah dia dulu masa muda pernah kena, masa tengah syok dok jadi Tamar Jalis , tetiba housemate dia berdiri kaku depan pintu bilik merenung ke arah dia, terkejut punya pasal,dia terus campak buku tu bawah katil!! Kakak aku cakap bila kita syok baca buku tu memandangkan ianya dari kisah benar, seolah-olah Tamar Jalis tu adalah kita!

Aku telan liuraku teringat kawan sekolah aku yang dikatakan menjadi sakit setelah membaca satu buku lama, dia hidup sebagai watak dalam buku lama tu!
Halamakmakin buat aku kecut perut! Lepas kena macam tu, sampai sekarang aku tak habiskan lagi 2-3 jilid akhir SBDJ tuiman aku belom kuat lagi nak habiskan jilid-jilid terakhir tu!! Apa pendapat korang? Nak sambung baca dan habiskan jilid atau biarkan ia berlalu bersama kisah tuhehehehehe.

Peminat Tamar Jalis

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply