Semasa

CIA dakwa kemenangan Donald Trump dibantu Russia

Perkongsian

[Image: ciarusiabantutrump.jpg?itok=F5O3cMdX]
Wikileaks dituduh terlibat dalam penggodaman e-mel parti Demokratik diwakili Hillary Clinton untuk mengurangkan peluang kemenangan menentang Donald Trump pada pemilihan Presiden AS 8 November lalu.

AMERIKA SYARIKAT – Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat merumuskan bahawa Rusia telah campur tangan dalam pemilihan Presiden AS 2016 untuk membantu calon Presiden Donald Trump memenangi pilihan raya ke White House itu pada November lalu.

Reuter memetik laporan Washington Post pada Jumaat sebagai berkata, pendedahan itu tidak sekadar melemahkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya di AS.

Memetik taklimat pegawai AS, agensi perisikan itu juga telah mengenal pasti individu yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia yan mengirimkn ribuan e-mel untuk digodam daripada jawatankuasa Demokratik Kebangsaan dan lain-lain, termasuk pengerusi kempen Presiden Hillary Clinton, kepada Wikileaks.

Pegawai berkenaan menyifatkan individu itu sebagai orang yang dikenali oleh komuniti perisikan dan ia merupakan sebahagian daripada operasi lebih luas untuk meningkatkan peluang kemenangan Trump dan mengurangkan peluang Clinton.

“Ia juga adalah penilaian perisikan bahawa matlamat Rusia dalam perkara ini adalah untuk memihak kepada seorang calon bertanding untuk membantu Trump dipilih ke White House.

Menurut Washington Post itu, pegawai itu dikatakan telah diberi taklimat mengenai risikan yang dibuat oleh CIA untuk senator utama AS secara tertutup minggu lepas.

Misi utama Rusia adalah memilih Trump sebagai Presiden AS menggantikan Barack Obama, kata akhbar memetik kenyataan pegawai itu yang tidak mahu namanya didedahkan.

Pada Oktober kerajaan AS menuduh Rusia bertanggungjawab terhadap serangan siber ke atas organisasi parti Demokratik menjelang pemilihan yang telah brlangsung pada 8 November lalu.

Obama turut melontarkan amaran terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai serangan itu, namun pegawai Rusia menafikan kesemua dakwaan itu.

Jurucakap CIA pula berkata agensi berkenaan tidak mahu berkomen mengenai laporan itu.

Trump pula meluahkan kekecewaan terhadap serangan siber yang didakwa dibelakangi Rusia.

Pasukannya mengeluarkan kenyataan mengenai dakwan campur tangan luar dalam pemiihan Presiden AS pada Jumaat tetapi tidak menyentuh perkara itu secara langsung.

E-mel yang digodam yang telah diserahkan kepada Wikileaks adalah satu penghinaan kepada kempen Clinton yang bersaing untuk jawatan presiden.

Bagaimanapun kesimpulan laporan yang dibawa oleh CIA dikatakan wujud ketidakpuasan dalam kalangan beberapa pegawai agensi itu kerana beberapa soalan dalam siasatan itu masih tidak terjawab. – MG

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply