Semasa

Ekor dinosaur berusia 99 juta tahun ditemui sempurna dalam damar

Perkongsian

[Image: specimen-overview-reflected-and-transmit...33x650.jpg]
[Image: bT7OI9]
Lida and Ryan holding amber pieces from the study site.

[Image: image_4437_2-Dinosaur-Tail-Amber.jpg]
Photomicrographs and CT reconstructions of the specimen

TORONTO 9 Dis. – Buat pertama kali, ekor dinosaur yang memiliki bulu pelepah sempurna dijumpai terperangkap dengan baik dalam ketulan damar (amber) di Myanmar baru-baru ini.

Penemuan itu memberi gambaran terbaharu tentang kewujudan binatang yang kini pupus tetapi wujud di muka bumi ini kira-kira 160 juta tahun dahulu.

BBC melaporkan, kajian mendapati spesimen ekor tersebut berwarna coklat (chesnut) pada bahagian atas dan bawahnya putih.

Menurut penulis kedua jurnal Current Biologi, Ryan McKellar, pihaknya teruja dengan penemuan tersebut.

Damar terbabit dipercayai telah terbentuk lebih 99 juta tahun lalu.

“Ini merupakan kali pertama ekor dinosaur ditemui yang tersimpan dalam damar. Daripada bentuk ekor itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa ia dimiliki oleh kumpulan dinosaur berbentuk burung.

“Ekornya panjang dan mempunyai bulu pelepah pada dua-dua belah. Apa yang pelik dan perlu dikaji bagaimana binatang besar ini terperangkap dalam damar, sejenis resin lutsinar berwarna kuning yang melekit keluar daripada pokok.

“Ini mungkin terperangkap ketika masih hidup sebelum damar itu terbentuk,” kata beliau.

Fosil binatang itu ditemui oleh pengarang pertama jurnal itu, Lida Xing dari Universiti Geosains di Beijing di sebuah pasar menjual damar di Myitkina, Myanmar.

Damar itu ditemui dalam bentuk siap untuk dijadikan bahan perhiasan kerana penjualnya tidak menyangka bahawa damar itu adalah ekor dinosaur mempunyai bulu pelepah bersaiz seekor burung pipit.

Pada awal tahun ini, para saintis menemui sayap burung purba dalam damar dari kawasan yang sama di Myanmar. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply