Semasa

Gadis didakwa pasang pendakap gigi secara haram

Perkongsian

[Image: image.jpg]
Azaitie keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Temerloh selepas didakwa memasang pendakap gigi tanpa tauliah di sebuah rumah di Sungai Jan, Jerantut.

TEMERLOH – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh, semalam atas kesalahan memasang pendakap gigi tanpa tauliah di sebuah rumah di Jerantut.

Tertuduh, Azaitie Amirah Azhar, 23, didakwa mengendalikan klinik pergigian swasta pada jam 12.45 tengah hari di  Rumah Murah PRKT 2, Sungai Jan, Jerantut pada 4 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain di kamar 1 Mahkamah Sesyen, di sini  padakira-kira jam 9.45 pagi, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengendalikan klinik pergigian swasta yang mana premis tersebut telah digunakan bagi menjalankan amalan pergigian dengan cara memberi rawatan pemasangan pendakap gigi kepada Rafidah Mohd Salleh, 37, tanpa pendaftaran sah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan kesalahan dilakukan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) serta boleh dihukum di bawah 5(1) (a)(i) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Azaitie yang faham pertuduhan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin dan akan disebut semula pada 20 Januari 2017.

Sebelum ini seorang gadis di Alor Setar didenda RM25,000 oleh Mahkmah Sesyen Alor Setar selepas didapati bersalah menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah hotel pada Jun lepas.

Nurin Syazwina Nishamuddin, 21, yang tidak memiliki tauliah didakwa melakukan kesalahan terbabit kira-kira jam 2.20 petang pada 26 Jun lalu di salah sebuah hotel di Kedah.

Berdasarkan pertuduhan, gadis berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Sesyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply