Inspirasi

Isteri adikku disihir – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Isteri Adikku Disihir

Assalamualaikum,

Terpanggil aku untuk berkongsi kisah pahit yg baru sangat terjadi dalam keluarga kami. Alkisahnya terbaca kisah seorang conffessor tentang kakak sepupunya yg disihir & terbaca sekilas lalu komen yg kate conffesser bermimpi? Percayalah apa yg aku nak ceritakan ini pun bukannya cerita rekaan, dizaman yg moden ini pun masih ada sebenarnya benda2 yg dianggap karut ini selalu terjadi.

Dipendekkan cerita, adik lelaki aku baru sahaja berkahwin pada tahun ini jugak. Dan isteri adik aku ni berasal dari sabah.. dan mereka masing2 masih lagi muda, berkahwin kerana cinta sama cinta. Aku pun hanya kenal adik ipar aku ni dari facebook je, dan sebelum diorang kawin adelah 1x jumpa bila kami 1 family berbuka puasa diluar. Adik ipar aku ni habis sekolah memang dah berhijrah ke semenanjung bekerja di kl sehingga sekarang di tempat yg sama. Means hanya dia jelah sorang2 dekat KL ni, tambahan pulak dia cuma 2 beradik.

Pendekkan lg cerita, masa hari pernikahan kami 1 family terbanglah ke sabah. Dan utk pengetahuan semua ayah aku adalah seorang pengamal perubatan islam. Means that ayah aku sgt arif tentang dunia perubatan sihir, rasuk & etc ni, memang ayah aku banyak tolong org untuk buang & halau jin2 yg merasuk mereka. So masa dekat sabah tu, waktu hari pernikahan ayah aku bagitahu benda yg nak sihir adik aku & isteri adik aku ni dah standby bawah rumah adik ipar aku. Rumah adik ipar aku ni rumah papan, so rumah tinggilah untuk elak banjir. Masa kami nak naik ke atas rumah benda tu dah ada bawah rumah sebenarnya, mcm mana ayah aku boleh tahu? Sebab masa baru sampai lagi ayah aku dah terbau busuk sgt2, busuk tu seakan2 bau mayat. Dan masa tu jugak ayah aku tahu benda tu dah standby nak pengsankan adik aku sejurus adik aku melangkah naik atas rumah.

Fuhh dasyat kan? Memang org sana pun ada cerita dah beberapa kali pengantin lelaki bila nak akad nikah pengsan, bila sedar nak lafaz nikah pengsan lagi. Ada yg sampai mati pun ade hurmmm. Tapi masa tu memang Allah nak permudahkan urusan kami, Alhamdulilah dgn izin Allah majlis nikah petang tu berjalan dengan lancar. Dan majlis bersanding diadakan pada belah malam, memang tu adat org sabah. Kalau bersanding memang buat belah malam. So sekali lagi lepas balik rumah yg kami menginap tu, malam tu kami datang balik ke sana, rupanya orang yg hantar sihir tu masih tak berpuas hati, dia tak dapat kacau waktu nikah dia nak kacau pulak waktu sanding. Again..ayah aku halau benda tu, no wonderlah sepanjang majlis tu ayah aku duduk je dekat bawah rumah taknak naik atas, ajak makan pun ayah aku kate kejap lagi. Walhal ayah aku tengah halau benda tu pergi, sebab benda tu duduk dekat bawah rumah. Alhamdulilah benda tu lari sebab tak tahan sakit, dan utk pengetahuan ayah aku bukanlah menghalau bersilat bagai ye, ayah aku cuma baca ayat quran & dari aura gelombang badan ayah aku tulah akan menyakitkan benda tu. Kalau dia stay dia akan mati so dia pun lari. Dan part masa dekat sabah ni settle, walaupn selepas tu lagi teruk bila balik kl.

Selepas balik dari sabah, seminggu lepas tu perangai adik ipar aku berubah 100%. Apa yg adik aku cerita, isteri dia jadi dingin, hambar bila bersama, panas baran. Memang masing2 kerap bergaduh masa tu, then adik aku dah tak tahan baru dia cerita pada mak & ayah aku, so dari situ baru ayah aku tahu benda tu dah mengikut diorang balik. Dan rupanya adik aku pun orang tu sihir, orang tu kunci buluh dekat kemaluan dia. Nasib baik ayah aku sedar kalau tak? Boleh mati! Ye mati. Betapa dasyatnya ilmu hitam ni. Selepas tu Dari hari ke hari makin teruk, sebulan lepas diaorg nikah tu majlis sambut menantu pulak dekat belah kami. Even masa tu pun da huru hara tapi terkawal lagi, tiba hari sambut menantu tu. Malam lepas kenduri tahlil, adik ipar aku ngadu dia sakit kepala & dah beberapa hari demam. So dia minta izin nak baring sekejap dalam bilik aku, tak lama lepas tu ayah aku, mak adik ipar aku, pakcik & makcik dia dari sabah ikut masuk dalam bilik. Masa tu aku masih tak tahu pasal benda ni, aku pun heran jugak kenapa. 10min lepas tu adik ipar aku dah menjerit2 dalam bilik sambil menangis, dengarlah suara dia meraung kate sakit. Ok masa tu aku tahu dah, aku sangka maybe adik ipar aku tu ada benda menumpang ke kan. Rupanya kena sihir! Lama jugak ayah aku berubatkan dia, then alhamdulilah benda tu ayah aku dah sembelih. Tapi masih ada lagi sebenarnya dalam badan dia, tak boleh sekali kena berubat kena buat 2 ke 3 lagi baru sembuh. Disebabkan ayah aku da penat, adik ipar aku pun sama so decide sambung lain hari je.

So kami pun ingat mungkin dia dah ok sikit tapi hurmmm lagi teruk lepas diaorg balik ke rumah sewa diaorg. Adik ipar aku lagi bertambah benci dekat adik aku & langsung dia taknak duduk sama dah. Dia keluar duduk rumah sepupu dia, sejak tu sampai skrg mmg dah tak duduk sama. Ajak balik rumah parents aku pun dia taknak, katenya membuang masa. Even mak aku call pun dia taknak angkat, nampakkan betapa benda tu dah merasuk fikiran dia? Memang kesian aku tgk adik aku tu, yelah baru sgt kawin. Kawin pulak bknnya terpaksa pun tapi sebab masing2 cinta. Tapi dek kerana perbuatan keji manusia ini lah orang lain jadi mangsa! Dan org yg sihir adik ipar aku ni pun family diaorg kenal, haishh macam tak percaya je bila diingat balik. Busuk betul hati manusia tu! Sekarang dah nak bercerai pun, aku cuba pujuk adik ipar aku pun tak jalan. Dia kate dah tak cintakan adik aku, bila aku tanya kenapa tetiba berubah hati? Jawapan dia tak tahu kenapa! Eh tak ke pelik kalau dah tak sayang, dah benci tanpa sebarang sebab? Dan adik aku ipar aku menafikan dia dah tak cinta bukan krn sihir tapi tu memang diri dia! Masa tu aku rasa nak lempang je, tapi dek kerana aku tahu dia jadi mcm tu pun bukan diri dia so aku diamkan aje.

Btw, ayah aku cerita peranakan adik ipar aku ni dah hancur. Benda tu memang nak meranakan diri dia, sedih aku dengar. Dah tu apa lagi kami mampu buat kalau diajak balik taknak? Dia taknak sebab benda tu tahu ayah aku nak ubatkan dia. Takkan kami nak ikat dia pulak kan? So sekarang ni adik aku pun dah tak tau ape lagi nak buat selain biar jela. Dan mungkin kalau dengan bercerai sihir tu akan terlerai? Entahla wallahualam. Aku cuma berharap & berdoa semoga adik ipar aku sembuh & diaorg tak jadi bercerai. Dan minta jasa baik semua, doakan mereka ye? Manelah tau asbab doa2 anda ada yg termakbul ke. Inshaallah

So pada yg masih tak percaya, percayalah di zaman yg moden ni masih wujud manusia berhati syaitan ni. Islam pada agama tapi hati? Serupa israel. Jangan mudah percaya org, nampak baik belum tentu baik. Hati manusia kita tak tahu, nak protect diri kita bak kata ayah aku. Solat jgn tinggal, kena mengaji, dan banyakkan selawat nabi. Oklah Itu saja nak share..

Assalamualaikum

kakak yg kerisauan

Hamba Allah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply