Semasa

Kes tembak Datuk di Penang tiada kaitan dengan hutang

Perkongsian

[Image: image.jpg]

GEORGETOWN: Kes tembakan yang meragut tiga nyawa termasuk seorang lelaki berpangkat “Datuk” di Pulau Pinang baru-baru ini, tiada kaitan dengan masalah hutang atau seumpamanya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Lim Boon Leng, rakan kepada Datuk Ong Teik Kwong dan dia turut berada dalam kereta bersama mangsa ketika kejadian tersebut berlaku.

“Terdapat banyak khabar angin dalam laman media sosial termasuk dakwaan yang mengatakan saya berpakat dengan pengawal peribadi yang melepaskan tembakan.

“Saya mahu menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar dan saya juga mangsa seperti Datuk, tetapi bezanya saya terselamat,” katanya kepada akhbar Kwong Wah Yit Poh, Jumaat.

Boon Leng, 32, berkata, dia telah berkawan dengan Teik Kwong selama 10 tahun dan banyak menghabiskan masa bersama mangsa berbanding keluarganya sendiri.

“Dia merupakan lelaki yang baik dan saya berharap netizen menghentikan khabar angin yang tidak benar,” katanya.

Pengawal peribadi Teik Kwong, yang tidak dinamakan, dipercayai mengalami masalah mental dan menembak mati tiga orang termasuk dua lagi mangsa, Choi Hon Ming, 32, dan M. Senthil, 38, dalam kejadian 1 Disember lalu.

Suspek berbuat demikian pada hari pertama dia berkerja bersama mangsa. – MStar

[Image: tembak%202.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply