Semasa

Lelaki dibiarkan mati di luar hospital

Perkongsian

[​IMG]

Kaherah: Gambar mayat seorang lelaki yang dibiarkan di atas kerusi roda di luar sebuah hospital di Port Said mencetuskan kemarahan pengguna media sosial di Mesir.

Gambar itu yang tersebar secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu dan kerajaan berjanji untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Menurut laporan media, mayat lelaki itu dikenali sebagai Anwar Mustafa Darwish dan dia dipercayai mengalami penyakit mental.

Keluarga Anwar mendakwa, mereka membawa lelaki itu ke Hospital Besar Port Said selepas dia mendakwa pening sebelum tidak sedarkan diri.

Ketika sampai di hospital Anwar dilaporkan terkencing di dalam seluar menyebabkan pengawal keselamatan marah dan mengarahkannya menunggu di luar.

Kata keluarga Anwar, lelaki itu akhirnya meninggal dunia di luar hospital itu sementara menunggu untuk menerima rawatan.

Pengarah Hospital Besar Port Said dalam satu kenyataan menafikan dakwaan keluarga berkenaan dan memberitahu lelaki itu dirawat sewajarnya.

Katanya, lelaki berkenaan dirawat ketika dibawa ke hospital tetapi keluar tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, media di Mesir melaporkan, pihak pendakwa raya kini membuka kertas siasatan untuk menyiasat laporan berkenaan. – Agensi/Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply