Inspirasi

Mahasiswa mahasiswi menggelabah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mahasiswa Mahasiswi Menggelabah

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve.

Spesifiknya confession aku ni, aku dedikasikan khas kepada mahasiswa mahasiswi yang pemalas nauzubillah bila buat kerja dalam group assignment. engko tu cik akak cik abang mahasiswa mahasiswi lagi arif dan bijaksana hat duk belajaq dalam universiti tu tolonglah kalau lecturer bagi kerja dalam group tu, kau buat perangai elok sikit. jangan suka sangat nak menyusahkan ahli group yang lain. cukup cukuplah assignment tu dah susah. lagi nak tambah dengan perangai kau yang menyusahkan tu pulak. Kau ingat kau apa? tuan besar? orang lain susah susah buat kerja, kau senang hati dapat markah. banyak cekadak kau. kau pikir member group kau tu apa? kuli? senang senang je kau kan. nah untuk kau yang pemalas dalam group assignment tu, meh sini aku listkan apa patut kau buat bila buat kerja group assignment

1) REPLY LA WHATSAPP
yang ni paling simple. benda lagha laju je kau reply tapi bila orang sembang benda penting pasal assignment, kau diam seribu bahasa macam ular tersedak nangka. paling sakit hati kau READ je. group member kau mesti geram nak baling kasut kat muka kau.

2) PLAGIARISM
haa yang ni aku yakin ramai buat. agak la sikit kalau ye nak copy paste pun. ini sebijik bedebuk kau copy paste. tukar tukar la sikit ayat tu. kesian la kat groupmate kau woi. sebab kau copy paste tak beragak, habis markah diorang pun terkesan sekali. menangis member kau weh

3)TEPATI MASA TEPATI MASA TEPATI MASA
hat ni paling payah. aku tak faham betul apa susah sangat kau nak tepati masa? kalau janji pukul 3, datanglah pukul 3. ini tak, 3.30 pun tak nampak bayang lagi. dah tu call tak angkat. kau fikir apa? groupmate kau tu memang abadikan masa dia nak tunggu kau? baaanyak cantik muka kau? paling tak tahan yang masuk badan beruniform palapes suksis dan seangkatan tu pun semua sama jugak perangainya tak reti tepati masa. bukan korang dalam badan beruniform tu diajar berdisiplin dan tepati masa ke? kalau roll call tu semua korang senang bangun awal boleh berhimpun pagi pagi, takkan nak datang discussion on time susah pulak? haaa lagi menguji kesabaran bila janji nak datang beria. tapi sampai sudah tak muncul tiba. yang ni memang patut kena pijak ramai ramai

4)AMANAH
paling penting kau kena pegang. AMANAH la weh dalam semua kerja kau buat. kalau kau pegang amanah dalam semua kerja kau, In shaa Allah mesti kau tak susahkan orang lain dan orang lain pun tak sakit hati dengan kau, tak penat nak maki perangai kau. belajarlah pegang amanah. laksanakan amanah tu dengan jaya. kalau masa belajar ni pun kau buat kerja cincai cincai tak amanah, macam mana kalau kerja nanti kau nak pegang amanah lagi besar? lepastu kau bising menteri tak buat kerja apa semua. padahal kau pun sama 25. haii la manusia

itu je lah aku nak pesan. nak buat kerja group ni kau jangan nak pemalas sangat. benda bukan libatkan kau sorang tapi libatkan orang lain jugak. kau ingat berkat ke hidup kau kalau groupmate kau tak halalkan markah kau dapat tu sebab kau pemalas macam biawak? benda benda macam ni lah kadang boleh jadi asbab susah hidup kau akan datang kalau bukan sekarang. kau kena ingat, Jaga hubungan dengan Allah tapi jangan lupa jugak jaga hubungan dengan MANUSIA. akhir kalam, kau yang pemalas nak buat kerja dalam group tu, jaga jaga. groupmate kau tengah berkira kira nak report perangai malas kau tu dekat lecturer.

groupmate kau sakit hati

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply