Semasa

Makanan terbuang di China boleh kenyangkan 50 juta penduduk

Perkongsian

[Image: 10waste.transformed.jpg]
Antara 30% dan 50% atau 1.2 tan makanan yang dihasilkan di seluruh dunia dibuang begitu sahaja. – Foto Guardian

BEIJING: Jutaan tan makanan yang dibuang di China setiap tahun boleh mengenyangkan antara 30 dan 50 juta penduduk dunia yang kelaparan.

Penyelidikan baru menunjukkan restoran besar dan sekolah paling banyak membazirkan makanan.

Kajian itu, dipetik media tempatan, menunjukkan kira-kira 17 juta tan hingga 18 juta tan makanan dibuang di seluruh republik itu setiap tahun antara 2013 dan 2015.

Hasil kajian dibentangkan di seminar yang dianjurkan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut data 2015 daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan untuk manusia di seluruh dunia iaitu kira-kira 1.3 bilion tan, dibazirkan setiap tahun.

Ia termasuk 45 peratus daripada keseluruhan buah dan sayur, 35 peratus ikan dan makanan laut, 30 peratus bijirin, 20 peratus produk tenusu dan 20 peratus daging.

Dengan jumlah penduduk ramai dan kepentingan etika sosial, menyaksikan hos perlu menyediakan banyak makanan, tidak mengejutkan China berhadapan masalah pembaziran makanan, sesuatu yang menjadi semakin serius kerana peningkatan ekonomi.

Jurucakap Akademi Sains China, Cheng Shengkui, berkongsi butiran tinjauan yang diadakan di Beijing, Shanghai, Lhasa dan Chengdu.

Cheng dipetik Economic Daily sebagai berkata, pasukan 140 penyelidik dan sukarelawan meninjau 6,983 meja di 366 restoran di empat bandar raya berkenaan lebih lebih 100 hari.

“Kami juga menemubual lebih 750 individu, melengkapkan 7,489 kaji selidik dan menilai lebih 32,000 makanan,” katanya.

Pasukan itu mendapati makanan lebih banyak dibazirkan di sekolah menengah dan tinggi di China berbanding di universiti dan syarikat.

Laporan penyelidikan mendorong kerajaan dan sekolah di Beijing melancarkan siri aktiviti pendidikan untuk membantu pelajar menjimatkan makanan dan mengelakkan pembaziran. – AGENSI/BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply