Inspirasi

Mindset mak ayah moden sekarang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mindset Mak Ayah Moden Sekarang

Assalamualaikum. Thanks to admin approved citer aku ni.

Okay straight to the point. Mak ayah aku keje dlm bidang pendidikan. Mak aku cikgu ayah aku lecture kat ipt. Okay kenapa tajuk mindset? Sbb kat sini aku nak bgtau dua benda.

First, tak SEMUA anak anak bijak kalau parents keje dlm bidang pendidikan. Nak nak lagi kalau anak cikgu.

Kau pernah dengar ayat ni ohh mak kau kan cikgu bla bla bla mesti kau pun pandai subject ni kan? Excuse me, mak aku ajar English and mak aku ada master in english tapi sampai sekarang kalau aku amek exam kaitan bi, mesti aku fail sbb apa? Sbb aku tak minat sgt bi. Ayah aku ajar subject sukan kat ipt, tapi aku tak minat sgt bab bab sukan.

Bukan takde anak anak cikgu yg bijak, ada tu ada. Tapi tlg lah ubat mindset tu jangan ingat kami ni anak cikgu, kami bijak pandai. Kadang tu, cikgu kat sekolah aku pun pandang tinggi kat aku sbb aku anak cikgu anak lecture. Tapi end up result aku kelaut jugak.

Yes Kadang penat jugak anak pendidik ni hahaha yelah org keliling pandang aku macam WOW sangat. (yes aku anak tunggal)

Pastu bila aku dah habis sekolah, ada org tanya aku, tak apply oversea ke? Kau kan anak cikgu. Ayah kau lecture pulak. Mesti ada cable kan kat oversea tu. Adoi makcik pakcik, bukan taknak. Nak tu nak. Sape je taknak belajar oversea. Tapi keadaan tak izinkan. Haaa kang aku bukak citer lain kang. Hahaha.

Ada sekali tu aku buat hal dgn family aku, (jgn ingat anak cikgu baik ehh) mak aku campak barang aku kat luar rumah. Petang tu aku amek lah balik barang aku tu. Time nak kutip tu, jiran tanya kenapa kau buat hal? Aku ingat kau ni sopan rupanya Kasar jugak eh dgn mak ayah kau.

Bukan tak bersyukur ada parents yg ada education tinggi, tapi tu lah orang pandang tinggi sangat. Cuba tunduk sikit pandang makcik pakcik kat luar tu.

Okay tu yg pertama. Haaa panjang kan. Kau sabar jap.

Yg kedua. JANGAN SALAHKAN PARA CIKGU KALAU ANAK ANAK MAKCIK PAKCIK KENA PUKUL KE APA.

Okay ni aku nak story pasal bab sekolah je. Bab ipt tak boleh sbb aku tak tau sgt hahaha.

Kalau sape ingat kes budak spm dtg lambat sekolah and kena duduk kat atas jalan tar? Kalau ingat, bagus. Tak ingat, pandai pandai lah cari Google.

Rakyat Malaysia especially parents yg membaca ni, saya bukan nak kondem ke apa. Saya nak bgtau yg cikgu TAKKAN sesekali hukum budak kalau diorg tak buat salah. Saya membesar dgn environment pendidik. Okay pendidik. Tiap pagi tiap kali assembly, kalau budak dtg lambat cikgu akan panggil ke depan and tanya kenapa lambat. Kalau jawapan tu munasabah, selamat lah kau. Kalau tak, pandai kau lah nak tanggung malu.

Saya bukan budak baik even mak saya sama sekolah dgn saya tapi saya tahu kalau kita buat baik dgn cikgu, sah sah lah cikgu akan buat baik dgn kita.

Wahai parents yg pernah mengamuk sbb cikgu hukum anak mereka, meh sini saya nak bgtau. Kalau makcik pakcik ckp makcik pakcik hantar anak anak ke sekolah sbb nak belajar JE, anda silap. Kat sekolah lah diorg membentuk jati diri yg parents diorg ajar dari rumah. Kat sekolah lah diorg nak tunjuk bakat apa diorg ada. Kat sekolah lah diorg nak tunjuk perangai sebenar diorg. Kat sekolah lah cikgu nak DIDIK murid.

Saya pun Kat sekolah baru tunjuk perangai saya. Depan parents saya, uishh pijak semut, semut tu hidup balik. Hahaha. Sbb tu saya marah kalau org luar salahkan para cikgu kalau anak anak diorg buat salah. Sbb mak ayah tak tau apa jadi kat sekolah.

Satu je nak bgtau. Kalau dah hantar anak anak ke sekolah, biarkan cikgu cikgu uruskan diorg. Kalau cikgu cikgu sanggup ketepikan hal rumah time dekat sekolah, kenapa mak ayah tak boleh buat? Sbb tu org ada Ckp cikgu ni ibarat ibu bapa kedua kita lepas mak ayah kita.

Lepas ni tlg ubat sikit mindset tu kalau cikgu hukum anak makcik pakcik. Mesti ada sebab kenapa kena hukum.

Okay dah puas aku membebel. Terima kasih sape yang baca.

Sorry lah kalau ayat terabur ke apa. Aku budak seni so faham faham jelahhh.

anak pendidik

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply