Inspirasi

Pemikiran bandar dan kampung – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pemikiran Bandar Dan Kampung

Assalamualaikum.Hari ni aku nak confess pasal pemikiran.

Aku ni orang kampung.Aku selalu perasan yang orang tak nak dengar nasihat/tunjuk ajar dari orang kampung macam aku.Tapi kalau nasihat/tunjuk ajar tu orang bandar yang beri,diorang boleh terima pula.Padahal nasihat dan tunjuk ajar yang sama.Nak bukti?

Bukti pertama.Aku ni aktif juga lah kat kampung aku.Bila ada buat program dekat kampung aku,mesti aku akan jadi ahli jawatankuasa untuk merancang program tu.Ada satu masa tu,JKKK kat kampung aku nak buat program.Penyelaras program ni mak saudara aku.Dalam mesyuarat tu ada lah AJK JKKK dengan beberapa orang luar.Orang luar tu aku dengan anak buah mak saudara aku (aku namakan sebagai H).Dia ni duduk bandar,lepas SPM balik kampung.Aku anak buah belah suami dia.H anak buah dia.So,dah bincang-bincang,adalah satu perkara yang kitorang tak sependapat.Jadi aku sebagai orang muda,aku bagi lah cadangan aku.(Aku tak ingat pasal program apa dan apa yang aku cadangkan).Lepastu semua senyap.Macam tak setuju.Lepas tu mak saudara aku cakap,tak ada ke cadangan lain.Semua senyap.Tiba-tiba,H bersuara.Dia bagi cadangan yang sama macam yang aku cakap tu.And,guess what?AJK semua kata ok.Cadangan tu bagus.Apa perasaan korang bila idea korang orang lain ciplak lepastu idea dia lebih diterima pulak?Aku angin je.Mentang-mentang dia budak dari bandar,semua cadangan dari mulut dia bagus lah?

Bukti kedua.Ada satu masa tu,kawan mak aku datang rumah.Badan dia gatal-gatal.Lepas tu dia garu sampai luka.Dah lah luka tu jadi parut.Dia cerita kat mak aku.Jadi,bila aku dengar aku syorkan dia cuba beli krim yang ada aloe vera sebab aloe vera boleh melicinkan kulit.Lagipun aloe vera sejuk.Jadi gatal-gatal tak rasa sangat.Kawan mak aku kata.Tak ada maknanya aku nak pakai aloe vera bagai.Bukan berkesan pun.Aku pun buat tak tahu lah.Bukan badan aku.Orang dah syorkan tak nak dengar.Lepas tu sepupu aku dari bandar ada kat rumah aku.Dia pun setuju dengan apa yang aku cakap pasal aloe vera tu.Kawan mak aku tu boleh kata.Ye ke?Acik tak tahu pula aloe vera tu elok untuk kulit.Ya Allah,perasaan aku masa tu macam nak halau je acik tu balik.Aku kata tak nak dengar,bila sepupu aku dari bandar ni cakap baru nak dengar.Macam lah aku ni penipu.

Bukti ketiga.Ada satu masa tu,aku ikut mak aku pergi beli baju kumpulan marhaban dia.Adalah dua tiga orang kawan dia ikut.Aku bawak kawan aku dari bandar.Lepas masuk kedai kain tu,aku pun terminat dekat satu corak kain ni.Memang cantik.Aku pun mula lah bisik-bisik kat mak aku.Mak aku pun kata cantik kain tu.Masa tu kawan aku pergi tandas.Tapi mak aku bukan ketua.Jadi,dia malas nak bagi cadangan,bukannya ketua dia nak ikut cakap mak aku.Ikut taste dia je.Lepas tu aku saja je cakap,Mak,kain ni cantikkan corak dia?Ketua kumpulan mak aku datang tengok kain tu.Dia kata,macam corak dah lapuk je.Aku pun diam lah.Malas nak bagi cadangan lagi.Pastu kawan aku ni masuk kedai,dia cakap,cantiknya corak kain ni.Merujuk pada kain yang aku cakap cantik tadi tu.Pastu ketua mak aku cakap,memang cantik lah.Rugi kalau kita tak beli ni.Ya Allah,aku rasa nak koyak-koyak je kain kat kedai tu.Cadangan orang bandar semuanya baik.

Hebat sangat ke pemikiran orang bandar sampaikan satu pemikiran aku pun orang tak nak dengar?Ke memang diorang benci aku,tu pasal diorang tak nak terima pandangan aku?Lepas ni aku malas nak bagi pandangan lagi.Cari lah mana-mana orang bandar yang boleh bagi pendapat.
Terima kasih admin siarkan confession ni.Sesiapa yang ada perangai suka membezakan pandangan orang kampung dan orang bandar,satu benda je aku nak cakap.Sila meninggal.

NANA

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply