Inspirasi

Sihir mengandung anak – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sihir Mengandung Anak

Assalamualaikum
First, tq admin sebab sudi menerima my confession

BismillahFirman Allah: Dan mereka itu (ahli sihir) tidak akan mampu memberikan mudharat dengan sihirnya kepada siapa pun, kecuali dengan izin Allah. (QS. Al Baqarah :162)

Ini merupakan satu cerita benar-benar terjadi dalam kehidupan saya..mula-mula memang susah untuk dipercayai tetapi saya harap dapat memberi pendoman buat semua pembaca..

Kisah ini berlaku oleh kakak sepupu sayaMira..seorang gadis cantik..manis mukanya..seiras muka dengan kakak saya. Dia juga sama tarikh lahir dengan saya cuma berbeza umur. Ayah Mira iaitu merangkap abang ibu saya sudah pun lama meninggal dunia , semasa Mira dalam perut ibunya lagi. Dan sekarang sudah memiliki ayah tiri yang baik dan penyayang..walaupun hubungan tidak serapat mana dan duduk jauh dari rumah saya..tetapi masiih lagi berhubung. Ibu Mira juga seorang yang baik dan peramah seperti Mira. Ramai yang mari merisik Mira..mana taknya ,orangnya cantik dan baik , siapalah tak berkenan..tetapi ibu Mira seorang yang bijak membuat pilihan ,tak memilih pada orang yang suka menunjuk-nunjuk harta , malahan memilih yang sesuai untuk Mira..
Satu hari dapat call yang menyatakan Mira dah pun nak bertunang..Wahhh..alangkah gembiranya saya bila dapat tahu yang Mira dah pun nak bertunang..siapalah lelaki bertuah tu agaknya..Pada hari pertunangan aku boleh lihat kemeriahan tu tiada tolok bandingnya .Si bakal suami Mira dapat saya lihat seorang yang baik ,kerja pun baik. Mira nampak begitu gembira..saya doakan kebahagiaan Mira masa itu..

Baru dalam seminggu lebih pertunangan Mira kalau tak silap, saya ada dengar cerita yang buruk pasal Mira. Mira sakit. Saya sekeluarga melawat Mira ,ibu dia ada cerita kepada ibu saya dan saya pun ikut sekali mendengar. Ibu Mira memberitahu yang Mira dibuat orang (disihir). Alangkah terkejutnya saya , Mira dibuat orang dan sekarang ni tengah berubat. Mira Nampak sangat lemah..
Dalam beberapa minggu berikutnya saya melawat Mira lagi. Dan saya nampak Mira lebih lemah. Ibu nya cerita yang ketika pergi berubat Mira , dia dihantar sihir oleh seorang lelaki dan untuk dipendekkan cerita lelaki ini berminat dengan Mira tetapi Mira tidak menerima dia..malahan memilih untuk bertunang dengan orang lain. Dalam beberapa kali juga pergi berubat kerana sihir yang dihantar sangat kuat. Banyak tempat sudah pergi tetapi hasilnya tidak seberapa baik. Ada satu tempat berubat ni memberitahu yang lelaki ini mengambil baju tidurnya dan mempunyai gambar Mira. Jadi dapat tahu siapa yang menghantar sihir ini. Mira sekeluarga sudah pun berhubung dengan keluarga lelaki itu dan pihak lelaki meminta maaf kepada keluarga Mira dan juga Mira..

Time kena benda yang berkaitan dengan jin ni memanglah susah sangat nak melakukan kehidupan seharian. Mira juga ada cerita ,time dia nak solat sahaja pasti syaitan ganggu sehingga tidak khusyuk dan beberapa kali ternampak lembaga yang menakutkan..saya cuma mendoakan kesihatan Mira agar cepat baik. , si tunangan Mira tahu pasal keadaan Mira dan memahami Mira
Keadaan Mira semakin baik..tarikh perkhawinan Mira semakin dekat. Mira ada datang melawat rumah saya bila dia ke Bandar untuk membeli barang perkhawinannya, dan saya nampak Mira nampak lebih ceria dan keadaan semakin baik. Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik.

Tiba lah hari yang indah buat Mira bertukar kepada hari yang paling sedih buatnya. Saya sekeluarga datang awal ke rumah Mira untuk bantu menyiapkan majlis. Time sampai rumah tengok keadaan rumah yang sunyi..Mira tiada di rumah!!!..beberapa jam lagi Mira akan diijabkabulkan , kemanakah perginya Mira??Jumpa ibu Mira dengan kesedihan pada wajahnya bila berjumpa..saya ingin tahu..kenapa..apa yang terjadi sebenarnya??..mana Mira???

Alangkah terkejut saya bila ibu Mira beritahu yang Mira beranak (melahirkan seorang bayi). Saya memang tidak percaya akan cerita ni. Baru berjumpa dengan Mira beberapa hari lepas dan tengok perutnya pun kurus aje. Untuk dipendekkan cerita , lelaki yang menghantar sihir kepada Mira itu menghantar lagi. Saya betul-betul pelik , macam mana manusia ada kuasa yang membolehkan perempuan melahirkan anak tanpa percantuman ovum mahupun sperma dan tanpa mengandung 9 bulan ???..Doktor pun pelik time mengambil sampel darah bayi itu dan jururawat pengsan..apa yang berlaku ini betul2 melawan kuasa Allah..

Perasaan Mira tak boleh saya ungkapkan saat dia sampai ke rumah seperti perempuan yang betul2 melahirkan anak yang dikandungi selama 9 bulanMira nampak seprti perempuan yang sedang berpatangmajlis tetap diteruskan walapun ditunda lewat sedikit..Alhamdulillah pihak lelaki memahami dan menerima Mira seadanya..untuk dipendekkan cerita lagi , selepas ijab Kabul selesai , ibu lelaki dan suami Mira kelihatan menangis dan redha dengan semua yang terjadi ..suami Mira sangat baik kerana sanggup Mira walaupun Mira sekarang ini mempunyai seorang anak lelaki yang bukan dari darah dagingnya sendiri..

Kesimpulannya , jodoh dan maut ditangan Allah..terima lah sesiapa sahaja jodoh kita kerana Allah maha Mengetahui dan memberi yang terbaik untuk hambanyadan mungkin ada yang tidak mempercayai cerita ini..Ya..saya mula-mula susah untuk memahami dan menerima..tetapi sesuatu yang berlaku ada hikmahnya

-A.H.A.H-

A.H

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply