Viral

Viral tetamu baling tuala basah ke muka pekerja hotel

Perkongsian

[Image: tuallaa_1481357552.jpg]

Ipoh: Hotel Syuen berhajat ambil tindakan undang-undang terhadap tetamunya yang dikatakan melampau membaling tuala ke muka kakitangan hotel itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatan tetamu wanita itu viral di media sosial sejak semalam.

Menceritakan kejadian, Setiausaha Pengurusan Hotel Syeun yang juga mangsa berkata, insiden terbabit adalah yang pertama dialaminya sepanjang 24 tahun bekerja.

Katanya, kejadian ketika dia membantu kerja di kaunter pendaftaran, pada 2.30 petang, Khamis lalu.

“Wanita terbabit datang ke kaunter dan membaling dua tuala basah ke muka saya. Perbuatannya itu membuatkan saya terkejut.

“Saya syak mungkin dia tak puas hati kerana permintaannya untuk dapat tuala tambahan tidak dilayan,” kata Cindy, 50, hari ini.

Menurutnya, pihak hotel tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana mereka dijadualkan mendaftar keluar.

Malah, katanya, hotel sudah beberapa kali memberi keluarga wanita itu tuala dan bantal tambahan selepas mendaftar masuk pada hari sebelumnya.

“Semua barang yang diminta dan diberikan kepada keluarga berkenaan yang menginap dibilik jenis standard itu juga ada kami rekodkan.

“Memang saya terkejut dengan perbuatannya. Tapi, saya secara peribadi memaafkannya kerana saya percaya perbuatan itu ada balasannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hotel Syeun, Maggie Ong, berkata pihaknya akan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tetamu itu.

Menurutnya, pihaknya boleh menerima jika tetamu tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan hotel kerana memang tidak mampu untuk memuaskan semua kehendak.

“Namun apa dilakukan terhadap pekerja kami adalah melampau. Apatah lagi pekerja wanita kami berusia 50 tahun dan sudah bekerja sejak Syeun masih belum dirasmikan lagi.

“Saya juga akan mengambil tindakan menyenarai hitamkan namanya di hotel ini.

“Selain itu, akan menyalurkan maklumat mengenainya kepada Persatuan Hotel Malaysia Perak untuk mengambil tindakan sama terhadap individu itu,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Perak. – Metro

[Image: 15349779_1490656604296392_53137041832764...e=58F42EE9]
[Image: 15327520_1789021374756302_40949273736306...e=58BBBF65]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply