Inspirasi

Wanita kelawar – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Wanita Kelawar

Assalamualaikum.

Pertama sekali, seperti tajuknya, saya mohon agar hanya wanita/ perempuan sahaja yang akan meneruskan pembacaan.

Sepertimana saya malu untuk sebut ini di depan lelaki, begitu juga saya malu andai apa saya tulis ini dibaca oleh lelaki.

Sudah lama saya nak sebut pasal ini, tapi tertangguh-tangguh sebab tak tahu bagaimana nak mula.
Basically apa saya nak cakap ni ialah tentang aurat. Bosan ke asyik pasal aurat je?
Oklah, lets make it shorter in points.

1. WANITA, KAIN DAN SELUAR (PANJANG)

Biasanya perempuan ni, kalau dia dah pakai kain, dia dah tak pakai seluar. Kalau dia pakai seluar, dia tak pakailah kain kan.
It is either one; seluar atau kain.
Saya tak nak ulas tentang yang pakai seluar tak pakai kain tu. Yang saya nak ulas ialah yang pakai kain tak pakai seluar.
(Bila saya cakap kain tu, termasuklah skirt dan jubah ye.)
Most of the time, saya rasa pemakaian berkain ni lebih sopan, lebih ayu, lebih molek.
TAPI.mohon berhati-hati.

Bila awak tak pakai seluar di dalam kain tu, awak sedar tak betis kaki awak boleh terlihat?
Bila? semasa awak angkat kaki (naik moto, naik tangga, dll). Yang sedihnya tu, bila awak jenis yang menjaga aurat (awak pakai stokin) tapi awak terlepas pandang bab ni. Awak mungkin tak perasan, sebab tu saya bagitahu ni.
Saya pernah nampak ada akak ni dia solat hanya dengan pakaian jubahnya (of course no problem). Tapi yang jadi problem ialah semasa dia rukuk telah terlihat sedikit bahagian betisnya (mungkin kerana jubahnya hanya ngam-ngam panjang).
Sebab tu akak-akak dan adik-adik sekalian, pakailah seluar walaupun awak pakai kain dah. Kain dalam hanya membantu untuk tidak menampakkan tiang elektrik yang orang asyik sebut tu. Tapi sesungguhnya kain dalam tidak membantu untuk menyelamatkan betis kaki awak daripada terlihat ketika menaiki tangga atau motor.

Oklah. Lets say awak rimas pakai berlapis-lapis, maka saya cadangkan:
i. kalau naik tangga tu, biarlah lelaki naik dahulu di hadapan. Kita ke belakang. We must protect ourselves.
ii. pakai kain/shirt/jubah yang bawahnya besar. jangan yang slim.

Pakai lebih tak pe. Its a shield.
Nampak selekeh tak pa, asalkan aurat terpelihara.

2. WANITA, BAJU KELAWAR DAN TIDUR

Ok. Ini yang paling buat saya stress. Ini jugalah sebab utama saya tetap menulis malam ni despite I dont really know how to articulate things in my head.
Saya perempuan, menyewa rumah dengan 4 orang gadis bujang yang lain.
Apa yang buat saya stress ni ialah my housemates tak prihatin dengan aurat mereka.

Begini, housemate saya ni suka pakai baju kelawar. Oklah kan? Manis je kan?
tapi tak manis sebenarnya bila anda-anda yang pakai kelawar ni baring sambil kangkang tegakkan kaki (bayangkan style orang nak beranak kot). Tau tak boleh nampak yang tak sepatutnya? Eh Im so stress rasa nak menjerit. Stress sebab saya tak berani/ malu nak sebut/ tegur benda ni padanya. Stress sebab pandangan saya jadi tak bebas di rumah ni.

Dik, kalau adik ada terbaca confession ni dan adik rasa housemate akk tu serupa macam adik, adik anggap sahajalah housemate akak tu adalah adik. Maka dik, ketahuilah bahawa akak dah tahan benda ni terlalu lama tapi akak tak mampu untuk sampaikan. Im so weak. Sesekali bila adik tidur pakai baju kelawar dengan seluar panjang tu, hanya Allah sahaja tahu betapa akak bersyukur dik.
Setiap kali suhu sejuk, adik tutup seluruh tubuh dengan selimut, akak cukup bersyukur sebab aurat adik tertutup.
Adik tahu tak, masa adik tidur hanya dengan baju kelawar (tanpa seluar panjang) tu dik, nampak aurat adik yang tak sepatutnya (aurat kita bermula dari lutut kan). Sesekali kalu nampak sampai paha je, akak stress juga tapi boleh bersabar lagi. Tapi kalu dah lebih-lebih tu, akak pun malu dik.
Kenapa akak stress sedangkan akak boleh je tak tengok kan?
Dik, akak tak suka bataskan pandangan akak. Apa yang akak alami ni buat akak berfikir, agaknya begini juga kot dugaan lelaki; dugaan pandangannya terbatas. Kiri kanan depan belakang ada sahaja wanita yang mendedahkan aurat. Tu juga apa yang saya rasa setiap kali berjalan pergi atau balik kerja. Kiri kanan depan belakang ada saja yang auratnya terdedah; be it muslim or non-muslim.

Adik, kita berkongsi bilik. Selalu bila akak masuk bilik, akak ternampak kamu dengan aurat yang terlihat tanpa disengajakan tu. Adik pun tak nak pun tunjuk pada akak yang bukan2 kan? Jadi tolonglah dik selepas baca ni, nak tidur nanti tambah pakailah seluar dik. Tak panas dah kalu dah biasakan. Boleh ye?

Mungkin adik rasa adik tidur sopan, tak nampak auratlah bila tidur dengan baju kelawar je.
Tapi mai akak bagitahu sesuatu.
Akak pernah dengar satu kisah ni tentang seorang lelaki di zaman dahulu yang meremehkan sunnah nabi supaya membasuh tangan terlebih dahulu selepas bangun daripada tidur. Dek kerana keangkuhannya mungkin, satu pagi tu ketika bangun daripada tidur, dia tersedar bahawa tangannya termasuk ke dalam duburnya sehingga ke pergelangan tangan.
Apa kaitan ye? Poin akak ialah kita tak sedar apa yang kita buat semasa kita tidur, sayang
Sebab tu, take precaution sebelum tidur. Selepas bangun tidur pun nabi anjurkan kita basuh tangan dahulu sebab precaution (sebab tak tahu ke mana tangan kita ni bergerak, apa yang dipegang dan terkena tangan kita semasa kita tidur). Wallahualam.

Jadi, take precaution. Protect ourselves. Take care of our aurat properly.

Cukuplah kot setakat 2 poin ini. Yang lain-lain tu, saya tulis lain kali.
Wallahualam. Terima kasih.

Mawar

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply