Semasa

6 maut Hyundai Starex terbabas di LPT2

Perkongsian

[​IMG]
Mayat mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya. – Foto Ihsan Pembaca

[​IMG]
Keadaan MPV Hyundai Starex yang terbabas di KM 288.6 LPT2 menyebabkan lima sekeluarga terbunuh. – Foto Ihsan Pembaca

[​IMG]

Chukai: Seorang lagi meninggal dunia di Hospital Kemaman malam ini, menjadikan jumlah korban kemalangan maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), enam orang.

Petang tadi, tiga kanak-kanak, dua daripadanya perempuan serta seorang lelaki dan seorang wanita dewasa, dipercayai suami isteri, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas MPV Hyundai Starex dinaiki mereka yang dikatakan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu, terbabas merempuh besi penghadang jalan sebelum menghentam tiang jejambat.

Difahamkan, mangsa terbaru yang disahkan meninggal dunia di hospital ialah isteri pemandu kenderaan itu.

Petang tadi, tiga kanak-kanak dengan dua daripadanya lelaki serta seorang lelaki dewasa serta seorang wanita dewasa dipercayai isteri pemandu yang cedera, dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Jurucakap bomba berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai yang membantu di tempat kejadian.

Setakat ini belum dapat dipastikan berapa keluarga dalam MPV Hyundai Starex berkenaan serta identiti mangsa.

Difahamkan kenderaan dinaiki mangsa berkonvoi dengan beberapa kenderaan ahli keluarga mereka dan dipercayai tinggal di Shah Alam, Selangor. Mereka dalam perjalanan ke Kuala Terengganu selepas bercuti di Bukit Tinggi, Bentong.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, MPV berkenaan dikatakan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu, terbabas dan merempuh besi penghadang jalan sebelum menghentam tiang jejambat

Menurut jurucakap polis, kejadian menyebabkan beberapa mangsa tercampak keluar dan lima mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap itu berkata, identiti semua mangsa masih belum dapat dipastikan dan mayat dibawa ke Hospital Kemaman. – Metro

[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply