Inspirasi

Appearances – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Appearances

Assalamualaikum w.b.t.
Harap2 admin boleh siarkan confessions aku ni. Ok, aku seorang student. Aku pasti dalam otak korang akan fikir pasal roommate or else kan. Haha betul la tu.

Aku seorang perempuan. Housemate aku mostly lawa2 and muda dari aku. Ok straight to the point, aku selalu terfikir diorang ni lawa tapi tak pandai/malas nak jaga kebersihan diri sendiri. Means kalau keluar mesti nak cantik2 tapi bila kat rumah hmm.

Katil tak reti/malas nak kemas. Baju kotor dengan baju bersih letak sekali atas katil. Habis kelas malas nak mandi. Kadang2 hari cuti satu hari tak mandi, alasan ala bukan keluar pergi mana pun.

Aku sebagai kakak memang selalu aku tegur. Kadang2 aku perli tapi diorang ni buat tak endah. Nak cakap lebih, mak diorang pun takde bising macam aku.

Tapi bila bergaya nak keluar memang diorang ni tip top from head to
feet aku cakap. Haa. Minyak wangi kalau selagi org yang jauh 2 km tak bau, selagi tu dia sembur. Bila kat rumah malas nak mandi.

Lagi satu diorang ada tabiat TAK BOLEH ADA SEKETUL JERAWAT PUN ! Macam mana jerawat tak tumbuh kalau tempat tido, bantal, selimut tak bersih ? Kan kuman semua tu. Lepas tu bising jerawat naik sana sini. Tengok la tempat tido tu.

Bila jerawat naik, mula la gelisah tak tentu arah. Start tu mcm2 ditepek kat muka tu. Dari bedak sejuk sampai ke brg mentah2 diblender. Aku pulak yg rimas alahai.

Makan pun atas katil. Dah mandi baju kotor campak atas katil. Tudung campak. Esok pakai lagi. Dah berpeluh2. Pakai campak pakai campak. Kenapa diorang tak boleh nak realize benda tu ??

Nak keluar pergi pasar pun sebotol minyak wangi. Kenapa susah sangat diorang ni nak alert pasal kebersihan ? Bila tegur sikit buat muka.

Mostly aku jumpa mereka yg lawa2 ni dalam otak aku set ni kebersihan jaga ke tak ? Mcm mana aku nak set kan positive kalau orang sekeliling aku berperangai mcm ni.

Ya tak semua orang yang lawa mcm tu. Ada sesetengah saja. Bagi aku nak melawa macam mana pun tak kisah, janji bersih luar dan dalam. Kan kebersihan tu separuh daripada iman.

Ok lah. Sampai sini je. Harap korang boleh faham apa yg aku nak sampai kan ni walaupun tak berapa nak sampai.

Assalamualaikum w.b.t.

Ungu

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply