Inspirasi

Birthday prank guna makanan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Birthday Prank Guna Makanan

Salam semua.

Dulu dari zaman sekolah sampai ke kolej aku suka betul prank orang masa birthday. Kiranya setiap kali birthday, muka aku la jadi ketua tukang prank. Semua dah buat dari telur, tepung, lumpur dan macam macam lagi.

Tapi sekarang aku sedar, prank guna makanan sangatlah tak bagus. Kenapa?

1. Ada orang kebulur di jalanan, nak makan pun tak mampu. Sedangkan kita guna tepung, telur bancuh bancuh atas kepala kawan kita. Kat sini pun kita dah dengar banyak cerita student makan jimat jimat. Bayangkan telur dan tepung tu boleh bancuh jadi cekodok untuk orang makan. Sedangkan kita bazir macam tu je pecahkan atas kepala.

2. Kotor. Kadang-kadang lepas kita prank tu, kolej-kolej atau rumah sewa jadi kotor. And kadang-kadang kita tak bersihkan pun, just tinggal macam tu. Kesian makcik cleaner.

3. Tak cool pun. Aku zaman dulu pun ingat cool gila prank bagai ni. Tapi hakikatnya, kita membazir. Dulu ada orang tegur, tapi biasalah pemikiran budak-budak ni, terus reply ish sibuk je. bukan guna duit korang pun Haha sorry pada yang menegur.

Mungkin ada yang terfikir macam mana aku boleh tersedar. Beberapa tahun lepas tiba-tiba aku ada masalah kewangan dan nak makan pun terpaksa berkira. Aku pun teringat telur telur dan tepung tepung yang aku dah bazir kan tu.

Prank in general ada pros and cons dia. Just nak sampai kan kat sini, apa kata daripada prank benda-benda macamtu, kita bagi surprise yang kawan kita suka. Instead of spending money on barang barang prank, kita boleh guna untuk belikan hadiah ke apa. Dan juga doakan kawan-kawan kita. Mungkin cara kita express love and appreciate kawan berbeza-beza tapi elakkan lah dari membazir terutamanya makanan.

Friendly reminder untuk semua! Take care!

Mel

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply