Semasa

Mayat yang dibeli untuk dijadikan pengantin tiba-tiba hidup semula

Perkongsian

[Image: hidupbalik1.jpg_1481405065.jpg]
ZHAO kini dirawat di hospital. Gambar kecil, Li mengaku memberi mangsa ubat pelali. – DM

Beijing: Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumikan.

Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkarkan sindiket pemerdagangan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyakit mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinkan’ dengan anak mereka.

Mengikut adat itu, dua mayat dikebumikan bersama untuk menandakan ada perkahwinan antara mereka.

People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.

Ketika majlis pengebumian dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.

Seorang suspek yang ditahan sejurus siasatan mengakui memberi ubat pelali kepada mangsa sebelum menjualnya kepada keluarga berkenaan. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply