Inspirasi

Mulut – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mulut

Assalamualaikum. Terimakasih pada admin sebab siarkan.

Cerita seribu kata. Nak cerita pasal mulut mulut yang tak reti nak jaga. Aku sebenarnya tak kesah sangat pasal bende ni. Yang aku kesah, bila cerita tentang aku dicanang-canang. Ni yang aku angin ni. Tak, yang aku pelik, dia dah kenapa nak cerita kat orang? Orang kampung pulak tu yang dia cerita. Aku heran betul. Ya, keluarga aku ni banyak masalah tapi aku rasa tak sangkut pon dengan kau. Eh jap, ada sangkut. Tapi takperlu kot kau cerita. Aku dari umur belum belasan kot dah kena dengar mulut-mulut busuk orang kampung. Korang tahu apa yang ditanya? Boleh dia tanya aku, abah kau kawen lagi ke, abah kau simpan bini baru ke? Abah kau itu ke abah kau ini ke. Macam macam laa. Aku kalau boleh nak turun basikal gi cabut gigi makcik tu sebatang sebatang. Tapi maklumlah, aku ni budak, perempuan lagi baik lah konon. Kalau dulu, buat hal siket dah di cop kurang ajar. Mak takpandai jaga anakla. Macam macam. Sekarang takpa, kalau buat macam tu kejap je viral. Semua taksalahkan budak. Tu sekarang lah.

Tu satu part, yang kedua takboleh tahan. Sedarah sedaging aku ni boleh pergi rumah sepupu sepapat aku yang terletak beratus kilometriko untuk cerita pasal abah aku. Kau rase? Takcukup dia cerita kat orang kampung, dia boleh jaja dekat yang jauh kena mengena ngan aku. Korang tahu apa jadi? Apalagi, pandang serong la kat keluarga aku ni. Ibarat aku ni dah bunuh keluarga kucing dengan kejam. Kalau ada kenduri umah mak eton mulut nuri ni, dorang jeling kat keluarga sampai berpusing pusing biji mata tu. Kononnya benci kat keluarga aku ni. Aku ni pon baik sangat, dah orang buat macam tu boleh lagi gi salam dengan senyuman yang suci. Balik rumah baru cerita kat mak.

Mak pulak, lepas aku cerita. Mak cakap macam ni, takpelah dik, nanti dia penat dia berhenti. Yang aku percaya dengan kata mak aku ni sampai sekarang korang tahu. Tapi mulut depa semua takde pulak penat. Heran betul aku. Bila gi sana je adalah mulut yang gatal bertanya pasal abah aku. Aku senyum je. Dalam hati, sedih weh. Abah aku ni kerja jauh dibawah bayu sana. Jadi kalau nak balik paham paham jelah. Tapi abah aku kadang kadang telefon rumah, tanya khabar anak bini. Diorang taktahu benda ni. Diorang ingat keluarga aku dah tak berhubung ngan abah aku. So, abah aku boleh campak kitorang dan bahagia bersama bini baru. Padahal abah aku pernah je telefon rumah lepastu ada je balik. Tapi takde pulak abah aku nak gi hadap muka dekat rumah dia. Jadi dia memang taktahu menahu dan terus jaja. Okay, aku sebenarnya selalu gi sana sebab aku gi rumah tokwan aku. So dekat la dengan rumah dia. Satu pagar gitu. Yang arwah wan aku ni pon sama naik je ngan diorang. Takpelah, aku skip yang ni sebab tokwan aku dah arwah. Kesian pulakk walaupun tokwan aku tak kesian kat mak aku masa dia hidup. Mak aku lah yang jadi pemujuk setia anak anak bila kitorang kena kecam hebat masa tu. Mak aku ni tabah, takde tunjuk riak sedih sikit pon masa tu.

Lepastu, abah aku ni balik la tempat asalnya. Sebab dah tak larat kerja kat sana. Abah aku balik sini kerja tukang sapu dekat satu syarikat ni. Bila abah aku balik sini, aku ingat dah berhenti mulut mulut ni. Rupanya ada lagi. Satu-satu masalah yang datang. Aku masa tu dah belasan, tingkatan dua. Akak aku dua dua masih belajar. Memang takdapat nak nolong keluarga aku ni. Nak dikatakan, semua sepupu sepapat aku ni taksuka keluarga aku. Sebab satu masalah ni je.

Aku alami bende ni sampai umur aku 22 tahun tapi masih lagi menjadi perhatian sebab keluarga aku dah tiada dalam golongan kemiskinan cuma dalam golongan sederhana. Akak aku alhamdulillah, dua-dua kerja kerajaan. Aku pulak masih dalam misi banggakan ibubapa aku. Aku sambung degree. Aku sambung belajar pon nak dengki ngan aku. Heran betul aku manusia macam gini

Korang tahu apa yang jadi disebalik cacian, makian, hinaan, kejian yang dilontar berdas-das kat aku? Semuanya Allah balas balik weh. Aku taksangka sikit pun bende ni akan jadi. Mak aku cakap ujian yang Allah bagi bukan saja-saja, Allah nak tengok hamba dia ni lagumana. Sabar ke tidak. Baru aku paham semua ni. Okay sambung balik. Aku nak cerita sikit apa yang Allah balas. Aku bukan nak bukak aib depa semua tau, aku nak bagi korang peringatan. Bukan peringatan, pengajaran kot. Ala, macam tanah kubur tu. Aku nak cerita ja sikit.

Lepas beberapa tahun tu, sikit sikit Allah tunjuk. Orang kampung cakap abah aku kawen lain. Tup tup, ada sorang makciki ni laki dia kena tangkap khalwat. Yang kedua, sepupu aku ni cerai berai. Yang ketiga, rumah tangga sameon ni porak peranda. Yang keempat, sepupu aku ni terlanjur mungkin, tak kenal pasti tapi adalah yang membuatkan keluarga diorang ribut petir. Yang kelima, anak sameon bermasalah. Anaknya dah kawen, kira keluarganyalah bermasalah. Yang keenam, menantu sameon bermasalah sampai hilang hormat dengan sameon ni. Yang ketujuh, anak sameon sekarang hangat dibual orang. Yang kelapan, adik mak aku nyaris bercerai akibat cemburu terlampau dan salah sangka. Yang kesembilan adik mak aku jatuh miskin. Bukan miskin sangat cuma kadang kadang takcukup makan gitu. Tapi masih berlagak dengan abah aku. Yang kesepuluh, berebut harta. Hahahhaha. Gila wehh. Hahaha. Yang tu je kot setakat ni aku ingat.

Lepas kena macam ni, baru ada orang kampung mintak maaf ngan abah aku. Ada yang malu malu bila jumpa. Entahla, aku dengan orang kampung tak ngam sangat. Sebab dioranglah mulut takde insuran takaful. Satu lagi, bila kau kena kecam masa kecil. Kau rase kau boleh duduk bersila minum kopi makan ubi kayu bersama-sama ke? Diorang cakap dekat mak aku yang anak mak aku ni tak reri bergaul dengan orang. Dah perangai macam mak lampir, nak bergaul buat apa. Aku duduk rumah layan cerita lagi best.

Okaylah. Tu je aku nak cerita. Haritu, aku ada buat dalam puisi, tapi admin takpost pon mungkin tak diterima. Ni aku cerita sekali lagi. Kalau korang nampak cerita ni maknanya admin terimalah tu. Hehehehw.

Satu je aku nak pesan, kita kan duduk satu bumi. Takpayahlah kita sibuk jaja hal orang, ngumpat orang. Bumi ni bulat dan berpusing, tak kena harini, kena esok. Tak kena, esok mungkin tahun depan. Lepastu kalau tak kena kat kita, kena kat anak kita takpun cucu kita takpun adik beradik kita. Pendek kata, akan kena jugak lah sebab Allah dah kata kifarah tu ada. Melainkan kau duduk seorang diri tanpa ditemani. Tu lainlah. Tapi kalau kau mati, orang jugak kena uruskan. Tapi kalau dah suka jaga tepi kain orang, taktahu lah ada orang sudi tolong ke tak. Ingat tau pesan adik ni. Aku bukan apa, takot korang pon terjebak sama. Tak salah aku menegur kan, mana tahu nanti kita boleh menari bersama-sama disyurga. Ewahhh. Hahahaha. Betulla mak kata, ujian datang tanpa diduga, ujian datang hanya menguji sahaja sebab Allah sayang dan rindu pada hambanya. Kita sebagai hambanya perlu bersabar dan bertawakal sahaja.

Sekian sahajalah cerita aku kali ini. Boleh jugak aku luah kat sini. Terima kasih si hensem dan jelita, menahan mata untuk luahan saya. Saya pesan sebab sayang.

gadis manja

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply