Inspirasi

Pelalau ii – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pelalau II

Assalamualaikum. Ni adalah confession ke-2 yang aku pos tentang pelalau ni (kalau admin approve lah).Confession sebelum ni, aku lupa mention yang aku ni perempuan. Ok. Aku kenalkan diri aku balik. Aku perempuan. Umur bakal menginjak 30. Dah bekerja. Ex iium. Belum berkahwin, sebab aku dah terkena pelalau ni.
.

Ada yang komen dalam confession aku yang lepas cakap dia ingatkan ending confession tu aku pergi berubat padahal tak pun. Entah. Aku bukan apa. Aku tak nak lah jadi manusia yang sikit-sikit salahkan jin dan setan. Padahal diri sendiri yang saiko. Susah nak cerita situasi ni bila kau sebenarnya bukan percaya benda macam ni. Tapi aku lupa. Allah dah sebut dalam surah al-Baqarah ayat ketiga. Antara ciri orang bertaqwa adalah yang beriman pada perkara ghaib. Sungguh, yang ghaib itu wujud.
.

Masa mula-mula aku disahkan terkena pelalau ni, aku menangis. Sedih. Aku tak pernah terfikir nak buat dekat orang. Kenapa ada orang tergamak buat ni pada aku? Aku nak cakap terima kasih kepada semua yang memberikan pendapat dan pandangan dalam confession yang lepas. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
.

Kepada bro yang minta kawan baik aku untuk pm dia, aku minta maaf. Aku tak cerita benda ni pada sesiapa sekalipun kawan baik aku. Adik beradik aku pun tak tahu. Yang tahu cuma mak abah aku, kawan mak aku yang nampak benda pada aku dan orang yang merawat aku sekarang. Entah. Bila benda ni jadi pada aku, aku tak tahu aku nak percaya siapa Dekat komen confession lepas pun ada yang cakap jangan terlalu percaya kawan kan?
.

Ada juga yang tag kawan/kenalan mereka bila aku confess fasal pelalau ni. Mungkin, ramai yang terkena macam aku. Benda ni, berlaku secara senyap. Tak ada rasa pelik pun. Rasa hidup sama macam biasa. Aku tak tahu sampailah kawan mak aku beritahu mak aku fasal apa yang dia nampak pada aku. Jadi aku sarankan, sesiapa yang ada petanda tu baiklah berubat cepat. Jangan jadi macam aku. Ni antara tanda yang aku dapat, yang aku abaikan selama bertahun.
.

1.Mimpi buruk
Aku banyak mimpi buruk terutama tentang bekas kawan baik aku. Pernah je kitorang baik-baik esoknya kitorang gaduh sebab aku terbawak benda yang aku mimpi tu padahal dia tak salah pape pun. Lepas tu mimpi aku tu bukan mimpi yang merepek. Tiap kali aku mimpi aku memang boleh ingat secara detail apa yang aku nampak dan lalui. Contoh macam confession lepas la. Aku siap boleh ingat baju warna apa, tempat tu macam mana, dan kronologi mimpi aku tak tunggang terbalik macam novel tak ada editor.
.

2.Mimpi binatang buas/berbisa
Aku agak kerap mimpi ular hitam. Pernah mimpi serigala hitam. Pernah mimpi nampak serigala hitam gonggong baby yang penuh darah. Pernah mimpi lelaki tua berwajah hitam. Malam aku confess sebelum ni, malam tu jugak aku mimpi aku kena kejar dengan seorang perempuan dalam perjalanan nak jumpa bekas kawan baik aku. Dalam mimpi tu perempuan tu gigit belakang tapak tangan aku. Macam vampire nak hisap darah tu. Aku terbangun tu cepat-cepat aku tengok belakang tapak tangan aku. Tak ada apa-apa. Cuma, seminggu jugak aku duk usap tangan aku sebab takut. Trauma. Sebab mimpi tu rasa real sangat.
.

3.Sakit belakang
Aku tuduh tilam dan bantal sebelum ni sebagai punca aku sakit belakang. Padahal tilam dengan bantal aku tak bersalah. Bila aku fikir balik, aku sakit tu bila lepas Asar je. Dia bukanlah rasa sakit macam terseliuh tapi sakit yang mencucuk-cucuk. Kadang rasa berat sampai macam payah nak bernafas. Sakit tu macam, kau bayangkan ada paku benam kat tulang belakang kau. Paku tu banyak. Bukan satu. Dan paku-paku tu semua tu ada orang ketuk dengan tukul satu persatu randomly.
.

4.Sakit kepala lepas Asar
Again. Aku tuduh aku migrain. Padahal bukan. Rasa sakit kepala tu, rasa macam ada orang tengah cengkam belakang kepala aku. Cengkam kuat yang tak nak lepas.
.

5.Bunyi tapak kaki berjalan
Aku duduk kondo. Bab ni pun aku tuduh orang atas rumah aku. Tapi logiknya tak letih ke dia berjalan dari tengah malam sampai pukul 2-3 pagi. Ada sekali aku terjaga dari tidur sebab bunyi berjalan tu macam bising sangat. Aku baca ayat kursiy dan bunyi tu terus berhenti lepas aku ulang baca ayat terakhir ayat kursiy tu tiga kali.
.

6.Malas
Aku selalu rasa letih yang tak fasal-fasal. Aku ingatkan atas faktor usia. Padahal ni salah satu petanda. Aku ada buat bisnes online jugak. Ada masa aku malas gila nak buat bisnes aku tu. Dia sampai tahap kadang bila orang order aku malas betul. Aku buat bisnes makanan. Makanan tu aku masak sendiri. Aku tak faham kenapa aku malas nak masak padahal masak tu hobi aku. Lagi satu, benda yang aku masak tu cepat berkulat. Ada juga orang kompelin dan end up aku pulangkan duit dia. Lepas tu lagilah malas aku nak masak. Orang yang rawat aku beritahu, antara tanda kita terkena benda ghaib ni, benda yang kita masak mudah basi. Wallahualam.
.

7.Baran
Yes. Baran. Tapi cuma dengan bekas kawan baik aku. Dengan orang lain aku tak pernah pun melahar yang bukan-bukan. Bila aku fikir, silap yang kawan baik aku tu buat pun ada je orang lain buat tapi aku boleh je buat tak reti. Dengan dia kenapa entah aku kisah sangat. Pernah je aku baru lepas balik teman kawan baik aku tu dinner, sampai rumah aku mengamuk yang tak fasal-fasal pada dia padahal waktu dinner kitorang baik je. Pernah je dia cakap kat aku baik-baik tapi aku marah sampai kadang aku benci dia tak fasal-fasal. Bila aku tersedar, aku minta maaf. Sedih sebenarmya bila dia cakap saya dah biasa… Tapi esok lusa adalah benda-benda yang aku nak marah dan sakitkan hati dia lagi.
.

8.Malas beribadat
Yang ni sangat melampau. Contoh. Aku ambil wuduk tapi aku sembahyang setengah jam lepas tu. Setiap kali waktu solat aku memang paksa diri aku sendiri. Aku pun selalu solat hujung-hujung waktu tanpa rasa bersalah. Padahal aku bukan yang macam tu walaupun aku bukanlah baik sangat. Syukur Allah beri aku petunjuk. Tak boleh bayang kalau Allah tarik nyawa aku masa aku tengah lalai tu. Allah sayangkan aku
.

9.Terasa diperhatikan
Yang ni aku selalu rasa. Tapi aku ingat tu perasaan aku je. Pernah aku takut nak tidur sebab aku rasa macam ada yang tengah memerhati padahal aku seorang je. Tak ada orang lain. Peliknya aku tak nampak apa-apa tapi aku terasa macam sesuatu yang hitam tengah perhatikan aku. Selalu rasa tu muncul tiba-tiba. Pernah jugak aku tengah buka kunci pintu tiba rasa macam angin ada benda lalu sampai tegak bulu roma aku.
.

10.Susah tidur
Kadang aku penat sebab aku keluar kerja seawal 7 pagi dan balik kadang dah 10-11 malam. Patutnya aku tidur mati tapi yang berlaku sebaliknya. Aku sangat susah nak tidur. Kalau tidur pun aku kerap terjaga.
.

11.Tak ada keinginan untuk kahwin
Entah. Aku anggap tu dulu sebab aku tersaiko tengok ada orang keliling aku yang kahwin tapi tak bahagia pun. Dia punya tahap, aku jadi keras hati walaupun mak aku selalu cakap dia teringin nak tengok aku kahwin. Aku jenis yang akan berusaha tunaikan apa yang mak aku mintak, kecuali satu. KAHWIN. Bukan aku tak ada calon. Ada. Aku kerja dalam bidang majoriti lelaki. So, aku kenal ramai orang dan adalah juga beberapa orang yang pernah mengaku suka aku. Tapi semua aku tolak cara baik.
.

12.Rasa ada benda berjalan bawah kulit
Selalu. Tapi aku ignore. Aku anggap tu normal.
.

13.Kerap kebas kaki
Aku selalu kebas kaki. Kadang aku duduk bersila seminit je pun terus kaki aku semut-semut.
.

14.Gigi berlaga masa tidur
Yang ni aku tersedar sendiri. Aku terjaga dari tidur dan aku tengah geser-geserkan gigi aku. Which is, its not my habit.
.

15.Mengigau
Keraplah juga walaupun aku baca doa sebelum tidur. Aku sedar sendiri sebab aku terjaga, aku tengah bercakap/ketawa/menangis/menjerit.
.

16.Terdengar bisikan
Ni selalu terjadi masa aku dalam keadaan separa sedar. Selalunya waktu aku nak tidur. Kadang aku baru pejam mata aku terbayangkan ada benda-benda menakutkan. Padahal aku belum tidur. Aku cuma on the way nak tidur. Dan itu maybe penambah sebab kenapa aku susah nak tidur. Aku takut nak tidur.
.

17.Sakit menziarah orang meninggal
Aku jadi lemah dan letih bila ziarah orang meninggal. Lepas tu mesti seluruh badan aku sakit dan demam.
.

18.Mengantuk melampau waktu solat
Aku pernah terlelap masa solat. Lepas tu aku ambil wuduk lain dan solat lagi. Waktu solat memang aku menguap tahap nelampau peliknya rasa mengantuk tu hilang lepas aku siap beri salam. Biasanya waktu maghrib dan isyak. Dan lepas solat tu bermulalah episod aku susah nak tidur.
.

Ok. Ni antara pertanda yang aku dapat. Setiap irang mungkin dapat petanda yang berbeza. Aku nasihatkan, orang yang ada petanda ni rujuklah pada yang pakar. Berubat lebih baik.
Aku percaya semua yang aku lalui dan dapat dalam hidup ni ada hikmah. Sihir dan setan ni pun tak adalah berkuasa sangat. Dia tak mungkin berlaku tanpa izin Allah. Samalah macam kes aku dapat pelalau ni. Orang yang mengubat aku tu pesan dia cuma boleh membantu. Ubat sebenar ada dalam diri aku. Iman aku.
.

Aku ni kadang spesis lalai. Memang aku tak tinggal solat tapi aku selalu tak sempat mengaji. Bila aku dah terkena benda ni, ustazah tu pesan baca mathurat. Jadikan amalan. Sebelum ni aku memang baca kadang-kadang. Tapi hari tu aku menangis baca mathurat ni. Pertama kali aku baca mathurat dan memahami maksud apa yang aku baca. Mathurat ni ibarat ubat dari Allah. Bila aku baca dan faham maksud, aku rasa Allah sayang sangat pada aku, pada semua hamba Dia sebab tu ada ayat-ayat dan doa dalam mathurat tu.
.

Waktu aku baca surah al-Falaq, aku baru percaya sihir tu wujud. Sihir tu dihantar waktu hari mula gelap. Sihir tu dihantar oleh orang melalui ikatan dan simpulan. Waktu aku baca surah an-Nas, aku sedar ada manusia yang penuh hasad dan terpedaya dengan bisikan syaitan. tapi Allah lebih berkuasa. Sebelum ni, aku selalu je baca 3 kul sebelum tidur tapi aku tak peduli maksud dia. Sekarang aku sedar, 3 kul tu ayat kita berserah pada Allah yang Esa. Kita memohon perlindungan. Kita cuma hamba Allah yang lemah, kita perlukan Allah sebagai pelindung.
.

Sekarang, aku mula rasa seronok amalkan mathurat. Doakan aku terus istiqamah. Aku nak ajak semua yang baca confession ni untuk sama-sama amalkan mathurat ni. Aku dah faham sekarang kenapa Nabi sangat suka dengan Mathurat ni. Bila aku baca dan fahami isi mathurat ni, aku terasa disayangi oleh Allah. Kadang bila aku menangis baca mathurat, aku rasa terpujuk dan seolah Allah sedang berinteraksi dengan aku rasa macam ada orang peluk erat kita waktu kita sedih, macam tu lah perasaan yang aku rasa lepas baca mathurat bila aku dah faham makna dia.
.

Aku dah berterus terang pada lelaki yang aku kenal sekarang tentang diri aku. Aku terpaksa beritahu sebab dia beria nak datang rumah. Oh, selain mak abah aku, kawan mak aku dan orang yang mengubat aku, dia juga tahu. Aku terus terang yang aku sedang berubat. Aku akan jemput dia datang jumpa mak abah aku, lepas aku sembuh nanti. Aku takut kalau sekarang cuma aku yang dianiaya, nanti orang tahu kewujudan dia orang aniaya dia. Aku tak nak dia terkena. Cukuplah aku je. Buat masa sekarang aku minta dia doa baik-baik untuk aku. Alhamdulillah dia memahami. Kalau betul dia jodoh kurniaan Allah pada aku, aku bersyukur dikurniakan lelaki sesabar dia. Kalau bukan jodoh aku, aku redha dan percaya orang baik macam dia layak dapat orang yang baik juga.
.

Buat semua yang komen pada confession sebelum ni, aku nak ucap terima kasih. Aku baca semua komen korang. Cuma aku tak like atau reply la. Aku doakan supaya orang yang komen tu sentiasa dalam rahmat Allah. Buat yang komen/tag yang mengalami nasib serupa macam aku, aku doakan semoga dia dikurniakan kesembuhan.
.

Buat yang hantar benda bukan-bukan pada aku, aku doakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang lebih dari apa yang aku ada supaya kau dah tak cemburu dengan aku. Sekiranya suatu hari nanti kau tersedar dan ingin meminta maaf, aku nak kau tahu aku dah maafkan kau. Kau tak perlu minta maaf dari aku. Kau tak perlu dedahkan aib kau pada aku. Aku tak berminat nak tahu siapa kau. Aku cuma minta kau bertaubat. Jika kau mahu apa-apa, mintalah dari Allah. Allah itu sifatnya kekal. Insya-Allah jika dikurniakan jodoh pada kau, jodoh itu juga kekal. Perasaan dalam hati dia untuk kau juga kekal.
.

Buat bekas kawan baik aku, saya tak harap kita baik macam dulu. Apa guna kita berbaik kalau cuma menambah titik hitam dalam hati manusia lain. Saya harap awak hidup baik-baik. Jadilah anak yang baik untuk umi dan abah awak sebab mereka berdua sangat baik pada saya. Sebelum kita gaduh, awak minta saya carikan tempat kerja lain. Saya harap awak dapat apa yang awak impikan. Saya juga doakan awak dapat jodoh yang baik-baik, dengan cara yang baik. Walaupun kita dah tak bercakap dan bertegur sapa, saya tetap anggap awak kawan baik saya, INDIRECTLY. Saya harap awak maafkan salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Saya tak pasti awak baca confession ni atau tak. Kalau awak baca, awak tahu siapa saya. Kalau awak tak baca, saya anggap Allah tak izinkan untuk awak tahu apa sebenarnya yang dah terjadi pada saya, pada kita. Cuma saya harap Allah lembutkan hati awak untuk maafkan saya. Banyak sebenarnya yang saya nak cakap pada awak. Tapi panjang kut. In case kalau awak terbaca, herm. Awak carilah lagu Shae dan Nukilan- Rindu. Lagu tu untuk awak. Lagu Count on Me yang sebelum ni dah tak valid untuk kita. Saya akan kenang awak sebagai antara kawan terbaik yang saya ada. Awak, hidup baik-baik ya?

H

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply