Inspirasi

Pemandu wanita itu – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pemandu Wanita Itu

Assalamualaikum,

First of all, sorry sangat kalau ayat aku ni tunggang langgang or cerita ni tak sedap sebab aku memang sumpah jenis malas nak membaca dan tak minat bab bab penulisan. Tapi aku tulis ni sebab nak bagi nasihat buat semua pemandu terutamanya wanita.

Okay, cerita dia bermula tiga hari lepas bila aku balik rumah. Rumah aku ni jenis rumah buat sendiri atas tanah sendiri dekat area taman perumahan. Tapi kalau nak masuk tuh macam ada banyak sikit semak samun pastuh agak sunyi, haa barulah sampai rumah. Ada je jiran dekat kawasan tuh, tapi yelah dah pagar rumah tuh pon setinggi pokok, of course laa still rasa sunyi kan.

Malam tuh, aku drive sensorang nak balik rumah. Dalam lebih kurang pukul 11.30 malam macam tuh. Balik lewat sebab jumpa kawan lama, yelah masing-masing busy. Sorang duk situ, sorang duk sini and bukannya mudah nak jumpa sekali, bila dah jumpa kawan lama sekepala memang borak tak ingat dunia lah.

Bila aku drive tuh, tak rasa apa apa pun biasa jer, pasang radio and nyanyi-nyanyi, sumpah tak rasa apa-apa pun, cuma bila start masuk kawasan perumahan untuk menuju ke rumah aku, bila aku tengok kat cermin and side mirror, aku nampak ada 2 buah motor kat belakang aku. Sebuah tuh sorang je and sebuah lagi ada orang bonceng, so total ada tiga orang. Pastuh, helmet dorang gelap so aku memang tak nampak muka. First aku tak syak apa-apa pun, tapi yelah bila kau tuh sorang jer, and kau tuh pompuan of course rasa takut tuh ada. Aku lock kereta aku and tengok kat cermin and they are still following me. So aku just nak test dorang still ikut aku tak, aku guna jalan lain. Macam ni nak pergi rumah aku tuh banyak jalan, orang biasa guna jalan A (aku namakan) sebab dia besar and ada lampu. Tapi sebab aku nak test dorang ni betul tak ikut aku, aku guna jalan B (yang jarang dilalui dan hanya orang kawasan tuh je tahu).

And the result is positive, dorang still aku. Time tuh aku dah start takut gila sumpah aku nangis dah, memang dah keluar air mata and yelah ni first time kut experience macam ni. Dalam hati aku aku memang dah give up, aku nak berenti cakap awak ambik lah duit dalam dompet saya, tak banyak ada 150 je. IC dengan lesen dengan kad-kad lain tuh tinggal je, sebab susah pulak kalau takde. Tapi bila aku tengok ada kereta yang lalu, aku rasa still ada harapan. So aku ikut kereta tuh.

Bila kereta tuh menghampiri rumah aku, and at the same time aku pon ikut sama, aku nampak dua buah motor tuh mula bergerak perlahan. Time tuh jugak aku dah rasa seram sejuk. Aku pasti memang dorang nak buat apa apa kat aku kat situ sebab aku dah banyak dengar kes orang kena samun depan rumah dia sendiri. So aku kuat kan semangat, aku nak follow je kereta putih tuh sampai aku rasa selamat.

Alhamdulillah, kereta tuh bergerak lagi tak jauh dari situ, lebih kurang 10KM dari rumah aku, ada kenduri kut sebab pasang khemah-khemah and still ada orang walaupun dah hampir pukul 12. Bila parking je, angkat handbreak, orang dalam kereta tuh keluar suami isteri, aku terus keluar and pergi peluk si isteri tuh, ( dia tengah mengandung) Both of them tengok aku pelik sangat, even orang kat rumah tuh pun keluar tengok aku. Sebabnya aku peluk tuh memang dah nangis kuat giler, sekampung boleh dengar. Sumpah time tuh aku berdebar gila, tangan aku memang bergetar and aku memang trauma and tak tahu nak buat apa. Mujur akak tuh tenangkan aku.

Last sekali, aku bagi location kat abah aku, suruh dia pergi ambik aku kat rumah tadi, and tak semena-mena aku di jemput sekali kenduri adik akak tuh and abah terjumpa kawan lama dia. Oh btw, akak dengan suami dia baru balik dorang drive jauh, so sampai lewat malam, takut ada yang salah faham pulak.

To be honest, buat para wanita di luar sana, ni tips ( so called) daripada aku.

1. Jangan Panik
Sebenarnya aku sendiri pun panik, tak boleh nak buat apa kut sebab nih betul-betul first experience aku dalam hidup ni jadi macam ni, aku pon tak reti nak buat apa. Cuma mungkin Allah nak bantu aku kut, dengan bawak kereta akak dan suami dia tuh. Cuma bila kita dalam keadaan yang tak tahu nak buat macam mana, bernafas and fikir jap (maybe aku suka tengok movie sebab tuh dapat idea macam tuh).

2. Facebook, Twitter.
Sebab aku nih jenis manusia yang kononnya nak buat Diary online aku suka update kat FB dengan Twitter. Pergi makan dengan kawan lah, drive sensorang. Ah takutnya lah and bermacam-macam status yang orang lain boleh dapat maksud secara direct and tahu aktiviti kita. Memang aku dah serik guys. Sumpah

3. Drive alone.
Memang kenkadang kita tak boleh nak elak, tapi cubalah cari penyelesaiannya kalau ada masalah ni. Especially tengah malam, scary weh

Maybe tips aku nampak macam tak bermanfaat and story aku tak best, tapi nih serius ingatan untuk kita semua, kaum wanita sekalian.

Kak Nab anak Pak meon

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply