Viral

Rakaman pelanggan tukar rantai emas palsu jadi viral

Perkongsian

[​IMG]

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Tindakan licik seorang pelanggan wanita menukarkan rantai emas yang kononnya ingin dibeli dengan barangan tiruan dalam satu rakaman video yang kini tersebar di laman sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 25 saat itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Nor Azureen Sarudin yang merupakan pekerja kedai emas tersebut.

Menurut Nor Azureen, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pelanggan wanita tersebut meminta untuk melihat seutas rantai dan sebentuk gelang emas serta berpuura-pura berminat dengan barang kemas yang dipegangnya.

“Semasa saya membuat pengiraan, dia menukarkan barang kemas yang dipegang dengan barang kemas palsu sebelum tergesa-gesa keluar dari kedai dengan alasan mahu mengambil kad kreditnya yang tertinggal di dalam kereta.

“Bagaimanapun, selepas 30 minit, wanita tersebut tetap tidak datang semula. Pada waktu itu, saya tidak syak langsung barang kemas itu telah ditukarkan namun saya menjadi pelik apabila tag barang kemas tiada sebelum mendapati rantai emas itu telah ditukarkan dengan yang palsu,” katanya.

Nor Azureen mendakwa, akibat kejadian itu, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, semalam. – Utusan

_____________

Nor Azureen Binti Sarudin — feeling sad.

Hari selasa lepas, erin dirompak oleh customer jahanam ni. Kerugian hampir 5ribu. Cara dy blh tgk kt rakaman cctv tu. dy pilih brg yg sama mcm brg tiruan yg dy ada, dan dy tkr kan.

Lpstu dh selesai keje dy, dy ckp nk ambk kad kredit kononnya ttgal dlm kereta. Then terus blah dgn tgesa2. Mmg erin xsyak lgsg dy blh tkr brg tu sbb sama sbijik. Erin igt brg kdai..

tp tiba2 erin pelik knp tag kt brg tertanggal..selidik pye slidik rupanya brg tiruan..

Now erin tpksa tggung kerugian tu. Bos suruh erin ganti rugi :'( Mmg down sgt2. Kerja pn xsmpai sebulan lg dh jd mcmni. Kebajikan sbg pkerja pn xda.

Niat nk bantu suami cri duit lebihan utk anak2..last2 jd mcmni.. Now trpksa tggung htg dmi pmpuan jahanam ni…tlg la sapa2 yg kenal or prnah nmpk pencuri ni..tlg report ke balai..

[​IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply